KLIK KLIK

25.1.12

Cerita Cinta Pandang Pertama (2C2P)

(Banyak backgroud music dalam entry kali ni. Korang WAJIB dengar bagi menghasilkan mood ketika membaca entri ini..
Imaginasi juga harus tinggi. Terima kasih.)

.........kaki melangkah masuk ke dalam dewan yang sedia dihuni para peserta dari seluruh pelosok negeri. Aku lambat. Flight delay satu jam. Tapi nasib baik masih sempat mendengar taklimat malam itu. Aku mendapatkan tempat duduk di barisan belakang sekali. Kerana fizikal aku yang begitu kecil, memang tak nampak apa yang terbentang di depan mata. Sekarang menggunakan deria pendengaran mengamati bait-bait ucapan dalam majlis taklimat itu. Sedang aku menulis point-point penting dari taklimat itu...aku terpandang seorang pemuda yang tidak jauh dari aku. Dia pun turut memandang aku...
"zzzzrrrr....zzzzrrrr..." Pandangan pertama bertaut.
Dunia terhenti seketika. Hanya bunyi degupan jantung sendiri yang terdengar kian kencang.

Spotlight               >>>>>>Aku dan Dia
 Background music >>>>>>
Mata bertentang,
Hatiku mula mendatang,
Siang dan malam terbayang-bayang...



Dalam hati mula rasa ada rama-rama berterbangan sini sana... Lebih kurang seminit juga la mata kami bertaut... Bila terasa dah lama terpaku, cepat-cepat alihkan bijik mata ni. Malu la tenung dia lama-lama. Malu juga ditenung begitu. Tapi dalam hati.. "handsome nye mamat ni.... serius".. Tapi adakah dia suka aku? Dia punya ciri-ciri fizikal yang aku suka.

Tinggi.
Rambut panjang. Kemas.
Kulit sawo matang.
Punya alis yang hitam dan lebat.
Mata yang besar.
Sedikit berkumis...

Debaran belum berhenti walau telah tamat majlis taklimat pada malam itu. Siapakah gerangan si dia?. Aku tak tahu. Enggan bertanya siapa-siapa. Hanya pendam perasaan itu kukuh dalam hati. Mula tercari-cari lagi, tapi tak dijumpai. 

Dua hari berlalu di dewan itu. Kelibatnya masih tak jumpa dalam ribuan manusia di dalam dewan besar itu. Waktu minum petang bermula. Seperti biasa aku melangkah ke dewan makan bersama rakan seperjuangan. Memilih meja bulat di penjuru dewan. Kawan-kawan satu kontigen dalam bidang yang berbeza sudah sedia di situ. Sedang menghirup air kopi, sambil mengangkat muka memandang ke hadapan...
"Gulp!".
Nasib baik kopi tidak terlalu panas.
Si dia di depan mata.
Dunia terhenti lagi.
Hanya bunyi degupan jantung sendiri yang terdengar kian kencang.

Spotlight              >>>>>>> Aku dan Dia.
Backgroud music >>>>>>>  boleh dengar kat sini
"Janganlah oh jangan sayang
Kau cuba pandang-pandang
Jika hati ku sudah sayang
Bimbang aku tak pulang"

Bila tersedar, nasib baik tak tersedak.
Kemudian, pura-pura malu. Mestilah kene cover beb!
Berbunga-bunga taman hati bila dia ada depan mata.

Esok, lusa, tulat... seminggu berkursus di dewan tu, kami tidak bertegur sapa. Lidah kelu. Gagal mengawal debaran jantung yang mendegup kencang. Hanya bermain mata. Ditemani rama-rama ilusi berterbangan mengelilingi kami.

Spotlight               >>>>>>> Aku dan Dia.
Background music >>>>>>>
Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta




Tamat kursus seminggu dengan jayanya. Aku lebih teruja kerana Prince Charming aku adalah dalam bidang Muzik. (Memang taste aku). Waktu mula nak naik kereta masing-masing. Kami terpandang lagi. Aku kelu. Dia pun kelu. Tapi gayanya ingin berkata sesuatu. Aku menunggu. Tapi tak juga dia bersuara. Aku gagahi senyum dan berpaling. Lama weh aku tunggu, tercegat dalam jarak 3 meter dari dia. Tapi dia tak jugak panggil aku ke, isyarat nak mintak nombor phone ke.... so, aku andaikan kami berpisah saja di situ.....


Iklan :


Aku dan rakan seperjuangan berempat menaiki satu kereta. Aku, Bedah, Rosmah dan suaminya  Tiba-tiba suami kawan aku bercerita tentang kursus muziknya sepanjang 7 hari di situ. Aku cuma memasang telinga. Dari situ aku tahu nama Prince Charming aku tu 'Mamat'. 
"Oh, abang Mamat..." bisik dalam hati je lah.
Sambil memandang keluar tingkap kereta sambil tersenyum sorang-sorang.
"Eh, Fiza...dengar tak ape yang Kak Rosmah cakap ni..."
Fiza. Aku le tu. Seronok sangat mengelamun sampai tak dengar Kak Rosmah cakap dengan aku.
"Apa kak?"
"Mamat kirim salam kat engkau."
"Apa kak?" aku minta kepastian.
"Mamat kirim salam kat engkau la..." Kak Rosmah mengulang. Aku rasa nak melompat bintang dalam kereta. Cover...cover...
"Mamat yang mana satu, kak?" aku pura-pura tidak tahu. Hehehehee...
"Ala yang tinggi-tinggi, kurus-kurus, rambut panjang tu...." Kak Rosmah memperincikan lelaki itu.
"Ntah, tak perasan laa saya.." chewah! Hebat tak lakonan aku?
"Waalaikummussalam" jawab penuh sopan dalam hati yang berbunga-bunga taman rama-rama. Oh, indahnya!.

"Truuuttt tuuutt tuuuttt'
"Truuuttt tuuutt tuuuttt'
Bunyi handphone Nokia 3310 aku. "Eh, siapa pula call aku ni"
"Hello"
"Hello...ni Fiza ke"
"Ye saya, siapa ni?"
"Mamat".
Gulp!!!
"Ye...?" Itu je yang aku mampu aku suarakan.
"Saya nak kawan dengan awak boleh?"
"Oh, boleh je..."
"Nanti saya call lagi ye.."
"ok..."
Telefon bimbit dimatikan.

"Kak, macam mana Mamat boleh dapat nombor telefon saya ni?" Aku bertanya kak Rosmah.
"Akak yang bagi...." Jawab Kak Rosmah tanpa rasa bersalah.
"Oh....."
Kak Rosmah terus mulakan peranannya. Memuji-muji Mamat. Menggandingkan aku dengan Mamat. Aku senyum je. Enggan bertanya atau mengulas apa-apa. Aku akan tunggu Mamat menyuarakan perasaannya sendiri.

Tidak sampai seminggu lagi, kami saling berbalas-balas s.m.s. Tidak pernah ada pertemuan lagi.
Setiap malam bergayut....sampailah suatu hari Mamat berkata.
"Saya sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu awak"
"Apa dia?" hati mula berdengup seperti kali pertama melihatnya.
"Awak ni yang mana satu ye, saya keliru"
Haiiissshhh.....Aku lagi lah keliru. Selama ni dia tak kenal dia ber s.m.s dengan siapa.
"Saya pun tak tahu nak jelaskan saya ni yang mana"
"Saya sebenarnya suka kat kawan awak tu..."
Oh Mak Datuk...!!!! 
Rupanya dia minat kat kawan aku.
Rupanya dia kawan dengan aku sebab nak tackle kawan aku.
Aku selalu berkepit dengan Kak Rosmah dan Bedah sahaja. Mustahil dia suka kat Kak Rosmah yang bini kawan dia tu. Mestilah dia minat kat Bedah. Bedah memang cantik. Body pun mantap! Ramai orang suka kat dia. Peramah pulak tu. Aiseeeyyyy kalau dia tahu mak minat kat dia, memang malu lah mak, nok!!!  Nampaknya terpaksalah mak undur diri nokk... mak keciwa! keciwa! aaahhh..... (sambil membenamkan muka ke bantal).

Spotlight              >>>>>>> Aku sorang.
Backgroud music >>>>>>>
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata


Sambung bergayut.
"Saya minat kat kawan awak yang  pakai tudung tu..."
"hah?? siapa? siapa?"
Terkejut. Keliru. Bedah mana pakai tudung. Kak Rosmah pun tak pakai tudung. Majoriti memang tak bertudung. Kalau kontigen kami, aku je yang pakai tudung. Tapi aku kah itu???
"Eerrrr....baik awak kenal pasti betul-betul... Awak tanya Kak Rosmah lah. Saya pun dah pening ni."
Better aku pass kat Kak Rosmah je. Itu lebih baik kot.

Esok, lusa, tulat. Dia kembali menelefon aku.
Bla...bla...bla.... "Saya dah tanya Kak Rosmah. Memang awaklah orang yang saya minat tu"
"Errr....heheheh" 
Aku memang tergamam.
"Saya nak kita jadi lebih dari kawan boleh?" seperti aku ternampak senyum manisnya menuturkan ayat itu.
"Emh...saya rasa lebih baik kita kenal-kenal dulu ye," aku masih berdiplomasi. Tidak sekali-kali aku cepat memberi kata putus dalam persoalan hati dan perasaan. Bermulalah episod mengenal dengan lebih mendalam menyelami hati, perasaan, pemikiran dan tingkah laku...

Berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan...
Mamat tidak pernah jemu menelefon aku,
S.m.s aku,
Mengajak aku keluar, 
berkongsi bercerita itu ini perihal masing-masing...

Cuba korang teka apa yang berlaku selepas itu......?
jeng jeng jeng....


sambungan cerita di 2C2P Part 2









Post a Comment

Klik Sekali