KLIK KLIK

25.1.12

Cerita Cinta Pandang Pertama (2C2P) Part 2



.......yang belum mengetahui jalan cerita dari awal boleh lawat ke sini >>> 2C2P

Kami berkenalan dan berkawan dalam tempoh setahun...
Rasanya cukup untuk mengenal hati, budi, perasaan, pemikiran dan tingkah laku Mamat.

Dia, Prince Charming aku.
Sejak dari pandangan pertama kami.
Dia miliki segala ciri-ciri yang aku nak...
Subhanallah... jarang kita dapat orang yang kita suka, pun sama suka kat kita.
Sama-sama suka kerana pandang pertama.
Cinta.

Kesudahannya...
Hati ini milik DIA. Maha Pencipta. Tuhan Semesta Alam.
DIA telah menggerakkan hati ini bertaut pada anugerah ciptaanNYA.
DIA juga yang telah menjauhkan hati ini daripada ciptaanNYA yang sempurna itu.

Mamat meluahkan rasanya. Ingin menghantar pinangan untuk melamar aku. Tapi setelah aku memperhambakan diri menghadap Ilahi melalui Istiqarah. Menyerahkan seluruh isi hati dan jiwa kepada NYA, ternyata Mamat belum menghuni rumah hati ku. Allah lebih tahu.Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Bolehkah pandangan pertama yang bertaut itu dinamakan Cinta?
Aku namakannya sebagai Suka. Minat. Minat yang tidak boleh dinamakan Cinta.
Kerana DIA memberi peluang kepada aku mengenal hambanya yang aku suka, punya ciri-ciri yang aku inginkan.Tapi selama setahun kenal, hati aku mula berkata. Ini bukan Cinta. Kerana antara aku dan dia tidak dapat teruskan rasa lebih dari seorang kawan. 

Mamat, seorang insan yang cukup sempurna.
Tiada cacat celanya. 
Soalnya hati, memang sukar dimengerti.
Aku putuskan untuk berkawan sahaja.
Satu pertemuan singkat antara kami.
Aku memberi keputusan sehabis baik agar tidak menyinggung perasaannya.
Meluahkan secara profesional.
Dan dia terima dengan hati yang terbuka.
Kami kawan tapi mesra.

Spotlight               >>>>>> Aku dan Dia. Senyum.
Background music >>>>>>
Dia amat manis
Dan juga baik hati
Dia selalu ada
Waktu untuk membantuku

Kini : Dengan izin Allah juga, aku telah menerima lamaran dari seorang kawan juga. 
Bukan cinta pandang pertama. Moga tahun ni dapat menamatkan zaman bujang aku. Amin...


MORAL OF THE STORY :

# Tak semua yang kita suka adalah yang terbaik untuk kita.
# Pasti ada hikmah di atas setiap kejadian yang Allah berikan.Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
# Berfikirlah secara positif dalam segala hal.
# Bersikap dengan cara paling berhemah dan diplomasi.
# Berkawanlah seramai mana yang boleh, elaklah dari bermusuh dan memusuhi.

Terima kasih sudi baca. Love u,peeps!! ^__^

Post a Comment

Klik Sekali