KLIK KLIK

07/05/2020

TTC's Story #4: Scan Rahim

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Sambungan daripada cerita TTC aku :

Sebelum kakak tukang urut tu bagitau kat suami aku yang dia suspect aku pregnant, anak dara dia ada jumpa dia cakap benda yang sama. Katanya nampak aku macam pregnant. Aku fikir mungkin perut aku buncit kot. Tapi kakak tu kata kalau orang pregnant, tubuh badan dia pun akan berubah. Kemudian, lepas masuk kereta, suami aku pun kata dia perasan sejak akhir-akhir ni bentuk badan aku lain macam sikit. Cuma dia tak nak tanya lebih-lebih risau tersalah soal nanti. Maklumlah waktu tu, awal-awal kahwin sensitif sikit bab anak dan pregnant ni. So dalam hati memang ada sedikit rasa berbunga dan berrama-rama. Cuma tak nak terlalu berharap selagi tak dapat jawapan sebenar.

Lagipun, waktu itu aku sedang period. Kata kakak tukang urut tu, tak mustahil boleh pregnant walaupun sedang period. Orang-orang tua panggil 'bunting pelanduk'. First time aku dengar.

Esoknya tanggal 24 Februari 2013, pagi-pagi aku bangun buat Urine Pregnant Test (UPT) sendiri. Tapi result aku negatif. Mungkin juga susah nak detect sebab aku sedang period. Kemudian, waktu berurut dengan kakak tu, dia masih 'rasa-rasa' dengan tangan dia yang memang ada ketulan seakan baby dalam perut aku. Dan sekali lagi dia tak berani nak urut lebih-lebih area rahim dan belakang pinggang aku. Sedikit ilmu yang aku dapat hari tu, kakak tukang urut bagitau, belakang pinggang kita adalah terletaknya muka baby dalam kandungan. Dia pesan jangan urut atau tekan sembarangan risau-risau nanti muka baby jadi agak terpenyek. Ok. Aku take note pasal ni. 

Selesai berurut hari kedua, aku dan suami pergi Klinik Al-Farabi iaitu klinik sakit puan di Kuantan. Aku pun cerita la kat doktor pasal period aku tak tetap dan aku pergi urut dan tukang urut suspect aku pregnant. Dan sejujurnya aku ada rasa yang perut aku seperti ada ketulan dan mengeras. Biasanya memang aku akan rasa macam ni waktu period. Maka, doktor pun buat la UPT. Tunggu kejap je dan keputusannya, jeng jeng jeng. Negatif. Rasa down juga tapi kena tabah la. Sebab tu awal-awal dah prepared sebarang kemungkinan jadi, tak lah rasa jatuh gedebuk perasaan kecewa ni. Masih boleh kawal.

Doktor risau kalau yang disangka pregnant itu sebenarnya fibroid. Jadi doktor sarankan untuk scan rahim. Ini first time seumur hidup aku scan rahim. Sekiranya fibroid, rawatan lain akan menyusul. Nauzubillah.


Kata doktor, rahim aku kosong, bersih,  tak ada fibroid, malah cantik je kedudukan rahim aku. Alhamdulillah. Dengar berita ini pun, buat aku bersyukur sangat-sangat. 

Keesokkan harinya, aku tamatkan rawatan berurut aku dengan Kakak tu. Dia pun pasrah dengan keputusan UPT aku. Apa pun aku bersyukur dan berterima kasih kat suami aku kerana sanggup dia tunggu aku selesai berurut selama 3jam setiap sesi. 

Akan bersambung...
 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 13)

38 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu sambungan. InshaaAllah rezeki akan sampai bila Tuhan izinkan. Kita bersangka² baik ya. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, amiin.. Terima kasih utk doa dan kata2 semangat ni.

      Delete
  2. Apa agaknya ketulan yg Kakak tu rasa..Alhamdulillah, bukan fibroid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sampai skrg masih konfius apa benda. Alhamdulillah.. rahim masih sihat.

      Delete
  3. Masih suspens dan misteri lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAh... kasi dramatik sikit. sampai skrg pun masih suspen dan misteri. ehhehe Doakan sis ye.

      Delete
  4. WOW CITER BERSAMBUNG PULAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... kak Paridah, kena bersambung. Tak larat jari nak menaip panjang2. hehehe

      Delete
  5. tak sabar nak tunggu sambungan...aduhhh saspennn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... terima kasih. Ini yang makin bersemangat nk taip sambungan ni... heeh

      Delete
  6. doa banyak-banyak tau sis!! jaga diri dan stay strong ye. InsyaAllah. Love you. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, terima kasih utk kata2 semangat ni! yeaahh!!

      Delete
  7. Curious cikgu nk tahu sambungan ceritanya menarik...done follow blog semut2 ya...comel je semut tu hehe

    ReplyDelete
  8. 1st time juga dengar pasal bunting pelanduk
    semoga semuanya indah-indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah orang2 lama. tak sure kenapa... kite share aje.. heheh

      Delete
  9. cerita pengalaman ini begini menarik ..

    sebab tak semua dapat rasa pengalaman tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpanan utk kenangan masa depan nanti ...

      Delete
  10. Pernah alami, bila dah buat scan rahim, doktor cakap semua oke, mmg tak pergi dah mengurut sbb risau lain pulak jadi.. ikhtiar lain pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh, fiza share laa apa ikhtiar Fiza selepas berurut tu...

      Delete
  11. Semoga Puan Semut dikurniakan kesihatan yg tiptop sepanjang Ramadhan ini dan selama2nya. Aamiin.

    P.S. Jom join segmen blog list di blog abam kie yg bakal tamat pd 10 Mei nanti. Peserta terakhir secara automatik akan dpt tunai RM5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. terima kasih atas doa abg Kie. moga2 termakbul. in Sha Allah, free2 nanti SS singgah kt blog Abg Kie join segmen tu

      Delete
  12. Alhamdulillah bukan fibroid...tak sabar tunggu sambungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kite sambung nanti ye.. biasa laa.. kena ada mood heheh

      Delete
  13. InsyaAllah bila sampai masanya pasti akan ada rezeki zuriat. :)

    ReplyDelete
  14. First time jugak Mrs. A dengar istilah bunting pelanduk.
    Semoga rezeki untuk mendapat zuriat akan dimakbulkan hendakNYA.

    ReplyDelete
  15. wak pon firstime dgr bunting pelanduk., kalo bunting pelamin biasa la khannns.,

    so mak semut x pregnant lettewww.., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buntin pelamin tu biasa laa dengar.. heheh

      Delete
  16. Alhamdulillah rahim sis sihat.. risau juga bila terasa ketulan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis.. rasa lega n bersyukur sangat2.. boleh laa fokus next treatment.

      Delete
  17. pernah dengar tentang bunting pelanduk. In sha Allah ada rezeki tu nanti kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Amiinn.. Terima kasih atas semangat ini sis.

      Delete
  18. Semoga Allah kurniakan rezeki anak nanti dan semoga dipermudahkan segala urusan SS. Aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amminn Yaa Rabbal Alaammiinn.. Terima kasih fiza

      Delete

Klik Sekali