KLIK KLIK

20/04/2021

Salam Ramadhan Untuk Semua

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 






Lama betul tak sempat-sempat nak kemaskini blog. Apa pun dikesempatan ini, SS nak sampaikan ucapan kepada semua rakan-rakan blogger SS... Masih sempat lagi kan nak bagi ucapan ni? hehehhe... Dah seminggu berpuasa.

Selamat menghidupkan pesta ibadah disepanjang Ramadhan. 
Semoga segala amalan kita diterima oleh NYA. Amiinn Yaa Rabb.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Ramadhan adalah bulan untuk umat Muhammad s.a.w."


27/03/2021

TTC's STORY #10 : SUSPECT CYST

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......
OGOS 2014 :  Usia perkahwinan dah 2 tahun dah masih hidup berdua. Jadi, aku terbuka hati untuk rujuk klinik keluarga. Aku ke klinik Ummu Roihan di bandar Pekan, jumpa doktor dan terangkan masalah aku yang aku alami iaitu haid tidak teratur. Istihadah teruk. Setiap bulan tempoh haid lebih daripada 15 hari. Doktor di klinik Ummu Roihan tu sangat baik dan lemah lembut. Agak-agak umurnya awal 50an ketika itu.
 

25/03/2021

Mee Champa Mak Wan Herritage Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Oh, jawab dulu salam tu. 😁

Semalam SS ambil cuti. Lama tak rentas daerah berdua dengan suami. Dating laa konon-kononnya. Biasanya kami akan meluangkan masa pada hari biasa kerana sejak dari bujang lagi, Sabtu & Ahad kami tak lapang. Sabtu Ahad itulah hari terlibat dengan perlaksanaan program. Dua-dua terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dalam event. Sampai sekarang pun kami masih begini. Lagipun, kami tak suka sesak-sesak dengan orang ramai kerana kerja kami memang melibatkan orang ramai. Jadi kalau spend time tu  kami lebih suka ke tempat yang relax atau pun kami akan adakan aktiviti seperti food hunting. Bila dah kahwin ni, jarang pula food hunting. Maklumlan lebih banyak meluangkan masa di rumah dengan eksperimen pelbagai masakan. Jadi sekadar mengisi kebersamaan berdua ini, kami pun merentas daerah ke Kuantan. 

Klik Sekali