Skip to main content

Posts

Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Terpantas

Kot-kot laa tak ada idea nak masak untuk iftar, boleh laa buat resepi yang ringkas ni. SS biasanya masak ringkas-ringkas saja. 
Recent posts

Iftar 2025 Bersama Rakan Sepejabat di Hotel Shahzan, Kuantan

Officemate adalah keluarga kedua kita.  Seminggu ada 5 hari kita bersama mereka.  Sehari, lebih kurang 8jam bersemuka. 

18 Bahan dalam Resepi Hot Sour Soup Chinese Style

Kadang-kadang bosan asyik menu sama saja. Tiba-tiba teringat menu yang selalu makan kat hotel bila ada event yang menghidangkan menu Chinese Style. Salah satu yang SS suka Hot Sour Soup dan Ikan celup tepung masam manis. Jadi, kali ni SS cuba masak Hot Sour Soup Chinese Style untuk pertama kali. Alhamdulillah. Habis juga seperiuk makan dengan suami. Satu menu ni saja dari tengah hari sampai ke malam. 

PAKEJ HAJI SWASTA PREMIUM DI MKM TICKETING TRAVEL & TOURS

Petang tadi dapat video di aplikasi WhatsApp daripada mak yang sedang mendaki Gua Hiraโ€™. Mak kelihatan seronok dapat tengok dengan matanya sendiri keadaan ruangan tempat baginda Nabi Muhammad SAW menyendiri dan bermunajat. Kami adik-beradik yang tengok video pun turut sama rasa dekat dengan kebesaran Allah. Masya-Allah. Itu baru sebahagian daripada mengerjakan ibadah umrah. Bayangkan kalau dapat menunaikan rukun Islam kelima, Allahu, pasti tiada perasaan yang mampu menandingi salah satu kebahagiaan kita di dunia ini.

Sahabat Tadabbur Kuantan di Madrasah Al Jaffar

Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur November lepas. Jumpa pengumuman di Thread. Kemudian sertai Whatsapp group . Pengasasnya adalah Fatin Suhana seorang blogger suatu ketika dulu. Sekarang, beliau dah buka butik dan kelas tadabbur juga diadakan di butiknya. Tercetus untuk beliau untuk kongsi rezeki ilmu ini namun kawasan butiknya tidak cukup besar untuk adakan kelas yang lebih besar maka setelah berbincang dengan suami dan keluarganya beliau dapat kerjasama dengan Madrasah Al-Jaffar. Tapi tempat terhad, kalau tak silap SS dalam 150 orang sahaja. Kena isi Google Form . Mereka ada umum dalam group tapi kebiasaannya SS akan buka group bila lapang. 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema 'blackpink'. Sebenarnya   tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki dan gelanggang. Maklumlah kami di Pusat Sukan & Kebudayaan. 

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN Jihad berasal dari perkataan Arab โ€˜jahadaโ€™ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiyaโ€™ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : โ€œSesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu di...