Skip to main content

Anak Perempuan




 




Pernah dengar tak, orang-orang tua selalu berpesan, 
'lebih baik jaga lembu sekandang, daripada jaga anak perempuan seorang..."

Perumpamaan itu menunjukkan betapa mencabarnya bila punya anak perempuan. Apa yang mencabar? Rupanya tidak mudah menjaga anak perempuan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia sekarang ni.. Budak-budak hari ni, tak sama macam budak-budak dulu... apa yang paling ditakuti adalah gejala sosial yang berleluasa.








Baca tajuk-tajuk besar itu pun, sudah menggerunkan ibu bapa. Tapi Allah tak kan jadikan sesuatu itu dengn sia-sia,kan? Pasti ada sebabnya... itu semua rahsia Allah.. Perlu audit balik diri kita sendiri. Sekarang ini, nak mendidik anak pun, perlu ada ilmu yang penuh di dada. Pergi saja lah mana-mana bengkel / kursus yang ada. Timbalah sebanyak ilmu yang boleh. Selalunya LPPKN yang sering menganjurkan kursus-kursus kekeluargaan. 


Anak itu rezeki... cabaran itu pasti datang dengan hikmah yang setimpal.


Rasulullah  s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan, lalu dia besabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya.
"Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"

Sabda baginda,
"Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki bertanya lagi,
"atau untuk seorang wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab,
"Juga untuk seorang."

[ Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim ]


Makanya, cabaran, ketabahan, kesabaran membesarkan anak perempuan itu, pasti memberi manfaat kepada orang tuanya.

Subhanallah.

Siapa yang nak anak perempuan tu... boleh laa ke blog Bayi - Ibu.





"Aku adalah anak perempuan pertama mereka...tak kan putus doakan untuk mereka...tapi anak utk aku, akan aku terus tunggu hadiah dari Allah. "



Terima kasih...Sudi singgah...Sudi baca...Sudi komen.
Happy bloging!
^____^



Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.