KLIK KLIK

28.4.16

Demam 2016



Assalamualaikum.

15 - 18 April lepas, aku terlibat dengan program pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)... Cuaca kat sana Allhurobbi, panas amat! Terik terasa menyengat kulit ni tau! Balik dari USIM 19 - 20 April 2016 aku terus shoot pergi Istana Budaya, Kuala Lumpur pula. Balik dari KL, aku dah mula rasa tak sedap badan. Macam nak demam ni. Sakit tekak dan pedih-pedih mata. 

DEMAM 2016 bermula.....

Malam tu, balik rumah, aku dah menggigil. Suami kata, badan aku panas sangat macam seterika. Malam tu, dia lah yang jagakan aku, lap-lap badan aku, bungkus kepala aku dengan air sejuk, supaya panas badan aku tak berterusan. Terima kasih, Terharu sangat dapat suami yang ada masa melayan aku. Rasa macam puteri pulak. hehehe bila lagi, kan. Ala, bukan suami aku baca blog aku pun, heheheh.... tapi ye lah, duk cerita2 pasal dia ni, kot2 laa dia terbatuk2 ke kan. hehehe...

Esoknya dia bawa aku pergi klinik. Klinik Ummu Roihan. Paling hampir dengan rumah. Dapatlah aku habun ubat batok, vitamin dan paracetamol. Ubat dia memang power! Malam-malam hari, aku boleh berpeluh tiba-tiba tau! pastu dapatlah aku MC sehari. Dapatlah aku merehatkan badan aku ni haa... Kemudian, keesokknya harinya, aku masih demam. Tapi aku perlu ke office. Lama aku tak masuk office, students pun dah wassup2 tanya. banyak kerja ni. Jadi, sepanjang Jumaat tu lah, aku cover balik tugas-tugas tertunda.

Masuk hari Sabtu, aku outstation lagi ke Gambang dan ke RTM. Demam masih belum kebah, aku dah blasah kerja. Asalnya, aku fikir dan rest je, tapi kesian pulak bila students mintak tolong. Makanya, aku gagahi jua sehingga jam 12.00 malam, dan drive balik rumah. Hari Ahad, aku rehat sehari lagi.

Hari Isninnya itu, sekali lagi aku MC sebab dah pening-pening. Dah pusing-pusing. Sekali lagi suami bawa aku ke klinik panel, untuk dapatkan MC dan beli ubat. Kali ni, lebih mencabar. Macam-macam ubat aku dapat. Ubat sakit tekak, vitamin, tahan sakit, ubat batok,  dan macam-macam lagi. Aku ni bukan suka sangat nak kena makan ubat. Payah amat nak menelannya. Tapi suami aku laa banyak support, tengok kesungguhannya dia, aku pun terdorong sekali. 




"Sakit itu kan, penghapus dosa-dosa kecil. Bertabahlah".
Post a Comment

Klik Sekali