KLIK KLIK

4.8.14

Hari Raya 2014

Assalamualaikum....

Hari Raya kali ni, merupakan raya ke-3 aku sambut sebagai isteri. Kali ni tema kami warna ungu manggis. Bab warna ni, memang aku terserah pada suami. Sebab idea dia memang kena & menjadi. Aku tak kisah pun... Tahun ni, satu famili sebelah suami warna ungu. Aku beraya ni di sini laa tahun ni... Cuti raya 7 hari. Aku pusing-pusing ziarah sedara-mara sebelah suami. Sampai tak sedar cuti dah nak habis. Mak mertua aku ade ramai adik beradik..

1) Ayah Ngah
2) Pak Anjang
3) Mak Cik Nur
4) Mak Cik Eni
5) Mak Teh
6) Pak Teh
7) Pak Itam
8) Mak Itam
9) Ayah De
10) Mak De
11) Pak Busu

Aku tak ikot susunan.. sebab aku pun pening susunan belah mertua aku yang tak sama macam aku... Mak mertua aku ada 14 orang adik beradik. Mak yang ke-7. 2orang meninggal. Jadi kalau hari raya tu, memang menyinggah dan bertemu laa semua. Mula-mula dulu aku pun pening sebab tak biasa duduk dalam famili yang ramai. Tapi semua kena belajar laa mengenali kaum kerabat sebelah family suami kan... Merapatkan ukhwah sesama umat Muhammad.... Seronok ada saudara-mara yang ramai dan sepakat. 

Berbeza sangat dengan sebelah aku. Aku cuma 4 orang adik beradik. Abah aku 2orang adik beradik. Mak aku pun 4 orang adik beradik. Itu pun dah meriah bagi aku.. Tapi rupanya lepas mengenali suami, keluarga dia lebih meriah baq hang! =D



Aku dan suami di pagi hari raya... =D

Post a Comment

Klik Sekali