KLIK KLIK

25.1.13

Kampung Tammalang, Thailand.

Assalamualaikum kawan-kawan.

Seperti yang aku telah janjikan. Ini sambungan sikit pasal trip aku ke Thailand tempoh hari. Boleh rujuk kat sini untuk pengenalan pertama aku : Menjejak Bumi Thailand

Kali ni pun tak mau taip panjang-panjang. Cukuplah bagi korang tengok gambar dan aku cerita sikit-sikit k.
Semua cerita ni berlaku di Kampung Tammalang, Satun, Thailand.

Setibanya di Satun, kami dikehendaki menaiki bot ke Kg. Tammalang. Ini pengangkutan utama daripada kg ke pekan. Di kampung tu tidak ada kereta yang dapat masuk. Kampung kecil. Yang ada hanyalah motor sahaja. Penduduk di situ lebih kurang 2000 orang sahaja. Kecil kan?. Waktu kami sampai ni dah Maghrib. Di sini, waktunya sejam lebih awal daripada Malaysia.

Apa adik-adik kita ni buat? Dorang ni nak kalungkan bunga untuk kami lahh... lalallalallaaaaaaaaaaaa....... Penat-penat sampai, rasa terhibur dengan sambutan daripada penduduk Kg. Tammalang ni.

Lepas dah dikalungkan bunga tu, apa lagi... kami bergambar dengan keluarga angkat. Tudung hitam labuh tu, mak angkat aku. Alamak! Aku lupa nak mak angkat aku. Asyik duk panggil "Mak" je... hehehe. Bahasa yang digunakan tidak susah. Penat aku hafal kamus Bahasa Thailand tau! Disini menggunakan bahasa Melayu loghat Utara-Siam. Jadi tak ada masalah lah kan. Kebetulan aku orang Kedah. Lagilah paham. Siap jadi penterjemah lagi untuk kawan-kawan aku yang tak faham loghat utara. ehheheh.....

Keesokkan harinya.... Mentari pagi menyemarakkan lagi semangat hari itu. Barulah nampak kawasan sebenar kg angkat aku ni. Rata-rata pekerjaan mereka di sini adalah nelayan. Ada juga yang jadi tokey minyak, tukang masak, cikgu, dan peniaga. Bukan calang-calang juga mereka ni. Gambar di atas adalah lokasi di belakang rumah mak angkat aku.

Satu lagi view di belakang rumah. Cantik kan? Rasa tenang je...



Ehem, ehem!!... Nak juga aku posing sikit untuk tatapan kamu orang... Sebenarnya, pelantar belakang rumah ni dijadikan tempat ibu-ibu menyiang ikan, kulit-kulit udang.... Menu makanan kat sini adalah hasil laut.. Hari-hari makan udang, makan ketam, makan sotong... ehehhehe. 

Gambar-gambar di atas adalah sepanjang laluan aku menuju ke lokasi program. 
Jalannya kecil saja kan? 

Akhirnya sampai juga. Lokasi program kami berhampiran masjid. Ini laluan ke masjid. Haa nampak kan kubah tu... Rasa kagum dengan semangat orang kampung memacak bendera Malaysia - Thailand berselang seli sampai ke tapak program.

Heheheh... maaflah sebab memang suka menyemak dalam gambar-gambar. Orang kampung siap buat banner lagi haa.... 

Inilah rupa masjid yang dibina. Terharu mendengar cerita orabg-orang Kg Tammalang ni. Di kg ini, asalnya cuma ada surau sahaja. Penduduk pula kian bertambah. Akhirnya dengan sedikit peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perlis, mereka yang seramai lebih kurang 2000 orang, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, masing-masing memikul tugas untuk mendirikan masjid ini. Yang perempuan membancuh simen, mengetuk batu-batu, yang kanak-kanak menolong mengangkat kayu-kayu dan membantu kerja-kerja ringan, manakala yang lelaki membanting tulang membuat kerja-kerja yang lebih berat sehingga siap mendirikan sebuah masjid. Subhanallah..... Surau yang lama telah dijadikan sekolah agama / kelas tahfiz.

Kat area masjid ni, ada madrasah. Tempat budak-budak pra-sekolah hingga menengah belajar tentang agama Islam & fardhu ain. Gambar di atas ni ala-ala kantin madrasah. Jual keropok, jajan-jajan, air minuman... 

Goreng keropok, fishball, fishcake... masih menggunakan kayu api. Akan ada seorang budak lelaki yang keluar masuk hantar kayu api kat situ dengan motor.

Cuba teka apa haiwan dalam gambar tu? yeaa...tepat sekali. ULAR. Kalau yang dipelihara, yang dalam zoo, aku tak terkejut lagi. Tapi nampak kat sini, aku memang terkejut. Takot kena patuk... Paling tidak pun aku lari sambil menjerit. Orang lelaki macam abah atau pak su aku yang selalu ketuk ular... Tapi kat sini, budak-budak yang sekolah rendah ni siap boleh gelak-gelak sambil ketuk ular.. mak aiiii... kagum aku!

Sungguh berani budak-budak ini....




Jangan hairan bila tengok muka budak-budak ni penuh dengan bedak. Bedak yang dorang pakai tu, bedak cina tu... yang ada gambar perempuan opera tu... kalau zaman-zaman aku kecil dulu, sempat aku jumpa bedak tu. Tapi kat sini, dorang masih guna lagi. Aku nampk kat rumah mak angkat aku... Cara dorang pakai bedak memang macam ni. Pernah kawan aku tunjuk satu video upacara akad nikah. Pengantin lelaki pun pakai bedak macam ni... comel kan.




Ni antara scooters yang asyik lalu lalang kat sini. Cantik-cantik dorang punya scooters ek.. budak-budak kecil pun boleh tahan bawa moto ni. Takot mak tau!

 Ketika sesi bersama pelajar. Macam-macam aktiviti kami buat dengan dorang. Macam-macam perangai ehehhe.. Layan je lah adik-adik kita ni. ehhehe

Kat sini lebih kurang ada 4 kelas je. Setiap kelas ada lebih kurang 20 orang mengikut peringkat pra sekolah, tahap 1, tahap 2 dan menengah. Ada yang boleh baca, ada yang masih buta huruf.

 Ini adalah sesi aku kene buli dengan sorang budak nakal. Layan je lah. Sepatutnya kena tutup mata dia, last-last dia pulak seronok tutup mata aku. Tu haa budak kat belakang aku tu.

 Ini lah rupa kelas dorang. Kelas sebelah pun boleh nampak.

 Salah satu aktiviti bersama adik-adik.

 Aku pun suka main puzzle ni masa kecil dulu. Seronok tengok dorang susun-susun.

 Ini pemenang untuk pertandingan menyusun puzzle. Budak dua orang ni memang bijak dari mula kami buat aktiviti dengan mereka. Cepat pick-up! Tak susah nak ajar dorang.

 Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.
 
 Waktu ni aku dengan kawan-kawan dirempuh para pelajar sebab semuanya nak hadiah.


 Kat rumah pak cik ni, nampak macam buat otak-otak. Tapi sebenarnya ini macam lepat ubi. Sedaappppp...

 Sementara itu, students perempuan menolong mak-mak memotong daging untuk dijadikan juadah malam nanti.

Petang tu ada acara sukan bersama pelajar sekolah.

Sementara jalan balik rumah, kita tinjau-tinjau dulu di sekitar perumahan di sini.
Inilah sebahagian gambaran di sekitar rumah-rumah para nelayan. 
Sampai rumah, mandi-mandi dan bersiap-siap untuk program malam pula. Malam kesenian. 

 Seorang pelajar yang begitu menghayati ketika mendeklamasi sebuah sajak. Berbakat budak ni.

 Boleh kata satu kampung datang meraikan malam kesenian ini. Sungguh meriah.

 Si cilik yang comel-comel ni menyanyi lagu nasyid... 

Oklah kawan-kawan. Aku stop kat sini dulu. Lain masa diberi keizinan Allah, aku sambung cerita lagi. =)
Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi komen... =)
Post a Comment

Klik Sekali