KLIK KLIK

12.11.12

Ada lembu nak jaga!

Assalamualaikum...

Aku bekerja di sebuah universiti di pantai timur. Kampus aku berdekatan dengan pantai. Kawasan kampus aku sangat lapang. Dahulunya hutan tempat lembu meragut rumputan. Di kawasan lapang dalam kampus, masih ada lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Kadang-kadang segerombolan kerbau pun ada berkubang di kawasan tasik buatan dalam kampus ni. Beberapa kali jugalah, orang menghalau lembu, dan beberapa kali itulah lembu-lembu tak pernah lekang dari pandangan mata penghuni kampus ni. Setiap hari. Dari pagi sampai malam. Ada saja lembu. Meragut rumput, atau berjemur di rumput tanpa apa-apa perasaan yang terpamer di riak muka lembu. Pernah mata bertentang mata waktu aku berjalan ke kafe. Pun aku tak dapat tafsir apa ada di dalam hati atau di benak fikiran lembu-lembu tu. 

GOOGLE JE
Kadang-kadang petugas keselematan terpaksa buat part-time mengusir lembu-lembu. Kesian jugak aku tengok. Dari mana datang lembu-lembu tu? Sebenarnya, kampus aku adalah di kawasan agak pendalaman. Pekerjaan orang-orang kampung, rata-rata nelayan dan penternak lembu. Emh, tapi tak ada pulak yang masuk kampus halau lembu. Tak berani agaknya. Dari mana lembu-lembu tu masuk? Dengar-dengar dari pagar dawai yang dipotong. Sesekali bila ada program-program yang melibatkan VVVIP... Barulah lembu-lembu tidak kelihatan. Sekarang, di belakang kampus pagar dawai dah diganti dengan tembok batu. Mungkin lagi susah laa lembu-lembu tu nak menyelinap masuk.

Bila ada banyak kaum kerabat lembu dalam kampus, sudah tentu banyak jugak bom-bom atom yang berselerakan atas jalan raya, atas rerumput.. merata-rata... Bila hari hujan, lalu-lalu di koridor maka akan menyelinap masuk ke hidung bau-bauan rerumput lebih-lebih lagi kalau yang fresh. Sering kali juga lah, kawan-kawan termasuk aku yang mengeluh sebab kene mengelak. Berjalan ibarat ular kene palu. Bengkang bengkok. Silap langkah, naya!



Hari ni, hujan belum turun lagi. Langit cerah. Ku dongak ke langit yang luas terbentang. Sang mentari nampaknya riang ria berasmaradana bersama awan-awan putih berselerakan. Di tanah yang ku pijak, rerumput kekeringan. Masih menghijau. Tompok-tompok bom atom lembu-lembu turut berselerakan. 

Dari jauh, kelihatan seorang pakcik tua sedang mengais-ngais tompok-tompok kering itu. Bersama topi kebun untuk berteduh. Sungguh tua. Wajahnya terlindung dibalik topi besar itu. Tangan nya penuh urat-urat timbul. Rasanya pakcik itu terlalu cukup tua. Terbongkok-bongkok membersihkan kawasan rumput yang luas terbentang itu. Kesian pakcik tua.

Di sebelah tempat aku berdiri. Masih ada setompok itu. Aku senyum dan berlalu pergi. 

Dalam hari-hari memarahi tompok-tompok yang berselerak itu,
Dalam hari-hari menyumpah seranah lembu-lembu,
Sebenarnya kita mungkin terlupa.
Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Tompok-tompok itu menjadi sumber rezeki kepada orang lain.
Menyubur hidupan-hidupan lain.
Nah! ini semua anugerah Dia

Bersyukur dengan apa yang ada.
Tidak guna marah-marah
Tidak guna mencemuh-cemuh
Tidak guna mengeluh-ngeluh

Allah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Allah punya alasan.
Dia Maha Tahu.
Bersyukurlah.
Senyumlah.
Hati akan menjadi tenang.





Terima kasih sudi singgah
Terima kasih sudi baca
Terima kasih sudi komen.
^___^

Post a Comment

Klik Sekali