KLIK KLIK

3.8.12

'RAHSIA PEREMPUAN'

Assalamualaikum

14 RAMADHAN 1433H ~ Moga-moga ada kesempatan kita melengkapkan puasa berusia 2 minggu pada hari ini, aminn... Pagi-pagi masuk office, rasa mengantuk hari ni. Nak segarkan mata, macam biasa layan facebook jap. Pastu baca artikel-artikel yang sesuai dengan kehendak hati..... sehingga terbaca satu cerita artis kita... Abby Abbady, Memey & Norman Hakim. Subhanallah....

Jom singgah kat :  MyBerita. 

Comel je dua-dua ni

Ada kata-kata yang menyentuh naluri keperempuanan aku.

Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit,” tuturnya.

 Kebahagian kepada anak sulung. Anak yang lahir dari kasih sayang cinta pertama. Yang paling dekat dengan kedua ibu bapa. Yang merasai masalah kedua orang tuanya.

“Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama,” tuturnya.

Indahnya Islam, ukhwah semakin rasa rapat bila dapat berjemaah sama-sama.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.

Berserah pada Allah, itu sebaik-baiknya. Bagi aku kalau dia nak rujuk dengan Abby lagi lah ok. Memey macam mana?

“Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

 Memey sekarang hamil 2 bulan. Memey pun kelihatan sangat baik dan pengorbanan itu yang membuat aku sedikit touching. 

“Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan,” katanya.

 Alhamdulillah. Niat yang baik pasti mendapat keredhaan.


Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka. Aku ni bukan la peminat Abby, Memey atau pun Norman. Tapi membaca cerita-cerita yang positif macam ni membuatkan aku turut rasa bahagia. Ramai perempuan yang menolak poligami. Aku sendiri pun tak pasti sama ada kuat atau tak kalau itu berlaku pada aku.  Yang pasti aku suka pada semua bentuk kebahagiaan. Korang pun sama kan?

Bicara pasal hati dan kisah ini. Abby dan Memey. Aku cuba meletakkan diri aku dalam dua-dua situasi menjadi seperti mereka. Abby atau Memey. Macam mana mereka boleh berbaik? Betul kata mereka 'rahsia perempuan'. Sukar digambarkan apatah lagi menerangkan. Aku yang bukan siapa-siapa kepada mereka hanya mendoakan kebahagiaan mereka. Tapi dalam hati, lebih suka kalau Norman rujuk je dgn Abby. Fikirkan masa depan anak-anak dari segi semangat dan psikologi mereka. Mereka inginkan ibu bapa kandung yang membesarkan mereka. Memey? Satu bonus untuk mereka. ^___^








   Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi comment.
^___^








Post a Comment

Klik Sekali