KLIK KLIK

4.7.12

Siapa pernah kene rotan & merotan?


Rotan ni memang sinonim zaman sekolah lah. Cikgu disiplin kalau jalan-jalan pusing sekolah mesti pegang rotan kat tangan. Kalau masuk bilik dia, macam-macam saiz rotan yang ada. Siap boleh pilih yang mana nak. Tapi aku sejak sekolah rendah sampai menengah, tak pernah la kena rotan ni. Baik kan aku.. hahahah, tak de lah baik sangat. Cuma agaknya waktu nakal dulu tu nasib tak kena je...

Sampailah aku kerja, masa tu jadi cikgu. Memang cabaran juga la jadi cikgu ni. Kalau setakat kerja sebab nak duit, tidak la... memang kita tak kan belajar apa-apa dalam hidup. Aku ada juga bawa rotan. Tapi tak de lah sampai nak merotan budak-budak tu. Paling tidak pun, aku pukul meja je. Tarik perhatian macam tu lah.

Zaman sekarang dah berubah. Dulu mak ayah siap bagitau cikgu lagi, izinkan cikgu memukul anak-anak dia. Nak nyer anak-anak dorang dididik menjadi orang. Zaman sekarang, jangan lah ... Paling tidak pun nak denda berdiri atas kerusi pun tak boleh dah. Cikgu yang kena marah kat pengetua bila denda budak macam tu. Kononnya kalau budak tu jatuh, nanti parents akan saman sekolah. OH MY...!!! Nak sentuh pun apatah lagi kan... 

Dunia dulu dan sekarang, memang jauh beza. Sebab tu orang dulu ramai jadi orang, orang sekarang tak berapa nak menjadi orang sangat. Moga-moga kita semua berjaya mendidik anak cucu dan generasi kita menjadi orang. Selamatkan dunia hari ni.

Thanks, sudi baca.
^_____^
Post a Comment

Klik Sekali