KLIK KLIK

13.7.12

PENCINTA kucing ke PENAKUT kucing?

Assalamualaikum....

Ini serius. Aku memang penakut dengan kucing. Sekali dia datang, sekali tu jugak aku rasa nak melompat. Tapi kalau boleh cover tu, aku cover la kan.. Kang nampak tak sopan pulak aku melompat-lompat nanti. Hilang laa keayuan aku kan... Eh, ayu kewwwee???

Al-kisahnya aku dulu mmg pencinta kucing. Suatu hari (lebih kurang 13 tahun lalu) aku bangun tido pagi tu gi sekolah, aku bukak mata je, aku nampak mcm hantu nak terkam aku.... sempat la kucing aku yang bernama 'Emy' tu cakar telinga aku akibat aku dan dia sama-sama terkejut beruk. Dah dia yg ntah dari mana melompat ke muka aku. Tapi 'Emy' dah bunuh diri. Dia terjun dalam telaga. Mungkin dia rasa bersalah sebab mengejutkan aku. Tapi aku sayang sangat kat dia. Start dari tu sampai sekarang aku mcm fobia skit dengan kucing. Cerita mcm tak apa-apa, tapi itulah kenyataan nya. Aku tak boleh kucing-kucing yang 'menikus'... Tapi kalau dia lalu dengan penuh sopan santun, aku tak de apa. Cuma jangan disondol kaki aku sudah... 

Kucing ni memang buas tido nya kat kaki aku. Sekali tengok aku ingat dia mati keras, rupanya dia tido....


 Hah, tengok tu. Dah meliuk lentok badan dia, tapi memang keras mcm tu lah dia tido....


 Mungkin ini pose yang paling siok skali....


  Ini gaya atlet renang...


 Aku tak tahu mana kepala, mana ekor... mungkin kucing ni mimpi dia jadi tenggiling kot.


 Penuh sopan santun dia tido.....


Gaya ni bila rasa-rasa mimpi indah akan berakhir...

Tak pernah terfikir aku nak upload gambar-gambar kucing ni. Tapi cuma satu yang aku terperasan. Awat la kucing ni suka sangat datang kat aku. Tak kira la kedai makan ke, kat rumah ke. kat office ke.. Agaknya dorang ni tahu aku ni penakut kucing, sebab tu dorang nak sgt dekat2 dgn aku kan... Pastu kat kaki aku jugak la, dorang nak tido dengan mcm-mcm aksi yang pelik2.... Tapi aku suka.. tengok kucing2 ni pun dah membuatkan hati aku rasa tenang... rasa best! 

Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi komen.
^___^
Post a Comment

Klik Sekali