KLIK KLIK

23.6.12

Jangan Pernah Mengalah.



Hari-hari aku kerja.
Pagi petang siang malam kerja.
Kadang tak punya masa utk diri sendiri apatah lagi untuk keluarga.
Lagi jauh untuk kawan-kawan.

Mengeluh mcm mana pun tak akan dapat meringankan beban aku.
Mengadu mcm mana pun tak kan dapat selesaikan kerja-kerja aku.

Kerja itu tanggungjawab.
Amanah yang telah diberikan kepada kita walau seteruk mana pun rupa kerja itu.
Terimalah dengan hati yang terbuka.
Sesusah mana pun ia, berusahalah sebaiknya.
Agar apa yang kita kerjakan diberkati.
Kerja itukan ibadah juga.

Kerja,
Walau macam mana rintangan mendatang pun, janganlah tewas.
Teruskan berfikir untuk menyelesaikan.
Berusahalah hingga akhirnya.
Pasti akan membuahkan jaya.

Masih ramai mencari kerja.
Bersyukurlah kerana masih ada kerja.
Rezeki hari ini adalah daripada Nya.

Bukan susah mau susah.
Bukan senang mau senang.
Jangan fikir cepat mau kaya.
Tetapkan hati mau barakah.

Kerjalah kerana Allah.
kerana rezeki itu menjadi darah daging.
berkongsilah demi  tuntutan agama.
Moga-moga rezeki kita dimurahkan Dia.
Amiin Ya Rabb.



Post a Comment

Klik Sekali