KLIK KLIK

15.2.12

Sayang Hormon ni...




Assalamualaikum pembaca-pembaca blog sekalian...

Korang rajin membaca. Dengan membaca, banyak ilmu yang kita dapat. Betul?
Membaca itu jambatan ilmu, pernah dengar masa kita sekolah rendah dulu kan.... betullah tu...
Cikgu tak ajar ajaran sesat tau!

Cik Semut juga seorang yang memang suka membaca.
Asyik membaca satu majalah tadi, terbaca sesuatu tentang hormon.
Teringin nak share dengan kamu, kamu dan kamu...

Ini FAKTA yang kita semua perlu tahu.

Ekstrogen.
Hormon dalam tubuh wanita.

Dia memelihara sifat dan keanggunan wanita.
Dia semakin susut dengan drastik bermula dari usia kita 35 tahun sehinggalah kita monopaus.
Jadi, bila dia dah susut maka dia akan menimbulkan pelbagai simpton yang menjejaskan keanggunan wanita.

Macam mana nak tambah hormon ni supaya kita kekal anggun?
HRT iaitu rawatan gantian hormon ekstrogen. (Hormon Replacement Therapy).

Bagaimana caranya?
Ada yang menggunakan kimia iaitu ubat-ubatan walau sebenarnya kimia ini boleh mendatangkan mudarat (kesan sampingan) seperti strok, kanser payudara dan meningkatkan risiko sakit jantung?

Habis tu, cara mana yang selamat?
Mestilah dengan bahan-bahan semulajadi.

Contohnya?
Phytoestrogen. Phyto (tumbuh-tumbuhan).
Tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah pasti selamat.
Allah tak kan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Itu pasti.

Jenis tumbuhan yang boleh menambah hormon estrogen?

Asparagus



Kacip Fatimah


Pueraria mirifica.
Yang ni Cik Semut tak tahu apa nama yang kita-kita panggil. Sebab tak pernah jumpe pun... nampak macam sengkuang je.. heheheh.. tapi pada amatan Cik Semut, ni lah agaknya yang dipanggil Lobata tu... (Selalunya tertera dalam bahan produk-produk kecantikan dalaman).


Kepada yang pompuan-pompuan tu...jaga lah hormon ekstrogen kita ni baik-baik supaya kita kekal anggun ye.


Post a Comment

Klik Sekali