KLIK KLIK

31.1.12

Kunang-kunang Mabuk


Assalamualaikum...
Mai nak cerita skit ni...

Semalam, waktu Cik Semut dah bersiap-siap nak tidur... Dah kemas tilam semua... Otak dah free dari semua kerja-kerja, Cik Semut pun.....


...tutup lampu,
...terus merebahkan diri atas tilam,
...tarik selimut
...terus pejam mata!


Tetiba telinga terdengar bunyi sesuatu...
Cepat-cepat angkat kelopak mata.
Meliar anak mata memerhati sekeliling dalam kegelapan tu..
Tiba-tiba ternampak 3 cahaya kecil berterbangan ....
Cahaya itu bewarna kuning....
Berkelip-kelip...
Laaaaaaa.....Tinkerbell rupanya. Apa yang dorang bertiga tu buat kat dalam bilik Cik Semut ni...
Heheeee..... Nak kawan dengan Cik Semut ye.. tapi dah malam laa, Cik Semut kena tidur. Esok nak kerja.


Saja panggil Thinker Bell, comey skit. ehheheh
Cik Semut harap tak bahaya lah.
Tapi buat Cik Semut tersenyum...
Tak pernah lagi seumur hidup ada kelip-kelip bermain-main dalam bilik Cik Semut ni.
Masa kecik-kecik dulu memang suka tengok kelip-kelip.
Banyak ada kat kampung-kampung.
Rasa syok je kalau tengok malam-malam kat pokok yang banyak kelip-kelip kan???
Ada juga yang suka tanggap masuk dalam botol kan.. konon-konon buat jadi lampu tidur.. ehehheh




Ni haa rupanya dia Cik Semut cilok dari Google. Heehehehe, unik kan?
Ada orang panggil kunang-kunang,
Ada orang panggil kelip-kelip...
Ada nama lain lagi ke? Tak pulak Cik Semut tahu.
Kawan Cik Semut ni sangat unik sebab kat badan dia ada touch light sendiri berbentuk bulat. Ko ada?? Tak de kaannnn... ehehheh



Bila tengok dia, rasa bersyukur kerana Allah masih kurniakan penglihatan untuk melihat ciptaanNYA yang unik. Ucapkanlah Subhanallah...indahnya ciptaan itu. Senyum.. ^__^


Bangun pagi tadi, hari masih gelap. Tapi kawan-kawan Cik Semut tu dah tak ada. Tak pe lah, mungkin dah balik rumah kot. Atau penat jaga Cik Semut semalaman. Nak je ucap terima kasih sebab mereka sudi singgah bilik Cik Semut...


Tapi rupanya ada kelip-kelip yang kian suram cahayakan di bawah meja. Cepat-cepat Cik Semut buka lampu. Tiga-tiga ekor tu dah nak mati kot. Cik Semut usik sikit-sikit, langsung tak bergerak, Cik Semut angkat sekor demi seekor letak atas span tempat cucuk jarum. Mungkin hayat dia dah tak lama kot. Cik Semut biarkan dia kat situ. Bila tutup lampu, tengok dah tak ada cahaya dah... SEDIH.


# Yang datang pasti pergi
# Yang hilang akan berganti
# Peristiwa indah harus kita nikmati dan mensyukuri.
# Tajuk entri "Kunang-kunang Mabuk" adalah salah satu nama ragam dalam tarian Joget.

Happy reading !
^__^
psssttt : terpaksa tinggal blog seminggu selepas ni. Outdoor.
Will miss u, peeps! 
Post a Comment

Klik Sekali