Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Ada Kawan Dalam Hutan...

Assalamualaikum kawan-kawan... Tak kira laa follower ke, reader ke... korang tetap kawan Cik Semut... Maaf kerana lama tak mengirim khabar berita kerana kesibukan yang melanda diri Cik Semut... Mai sini Cik Semut nak bercerita sikit... Dah lama Cik Semut tak pergi Jungle Tracking... Siapa yang suka masuk hutan macam Cik Semut sila angkat tangan... haaa, boleh gang la kita ... Dulu masa zaman muda-muda dulu, Cik Semut aktif jelajah hutan sana, hutan sini... panjat bukit sana, bukit sini... masuk gua sana, gua sini... pantang ada  yang mengajak terus je pergi. Sanggup ambil cuti semata-mata nak menghabiskan tenaga dan wang ringgit untuk hobi yang satu ni... Seronok Bedah oiii..... masa ni lah nak bina stamina.. Berat badan pun boleh turun 5kg tau! Sekarang umur pun dah makin meningkat, tanggungjawab dah makin banyak nak luang masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak sempat... Lokasi : Woodland Resort, Taman Negara Pahang. Daerah : Jerantut. Negeri Pah

Lif Berhantu...

Google saja Assalamualaikum... Cik Semut memang betul-betul tak sempat nak post entry baru kerana kesibukan tugas dan kehidupan Cik Semut di sini.. Maklumlah sekarang hujan tak tentu masa, Cik Semut gigih mencari makanan untuk simpanan di hari ujan nanti.. heh heh heh... begitulah ibaratnya... nak blogwalking pun tak sempat la kawan-kawan. Hari ni Cik Semut nak cerita pasal LIF. Semua orang pernah masuk lif kan... PASTI.  Kita pun mesti pernah tengok budak-budak dalam dukungan mak ayah menangis-nangis waktu lif bergerak turun naik.... kan?  Ada juga yang imagine terperangkap dalam lif bila naik seorang diri... (Cik Semut lah tu) heheheheh... Bukan apa, sebab banyak sangat tengok cerita hantu dalam lif. Terpengaruh dengan cerita tu lah. Cerita LIF BERHANTU pun banyak kali dengar kat hotel-hotel. Ada yang kata kat hotel selalu tak ditutup aras 4 sebab ada hantu suka naik lif dari aras tu. Macam-macam lah. Tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi itu lah,sebelu

80's people

Hari ni ramai kawan-kawan Cik Semut post benda alah tu kat facebook. Kongsi je lah ngan kamu semua.

BOHSIA...

Assalamualaikum kawan-kawan yang membaca.. Macam mana dengan sambutan Aidiladha anda? Meriah atau biasa-biasa saja.. Apa pun yang penting, hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s. Carian Google. Tapi topik Cik Semut hari ini adalah pasal BOHSIA. Cik Semut mengenal perkataan tu sejak sekolah rendah lagi. Masa tu darjah 6, bohsia ni 'famous' dikalangan kakak-kakak sekolah menengah. Bohsia yang Cik Semut definisikan dalam kepala otak masa tu adalah  para perempuan yang buruk tingkahlakunya dan pergaulan yang bebas. Jadi masa sekolah rendah tu agak berdebar bila nak melangkah ke alam menengah sebab takot terserempak dengan kakak-kakak bohsia yang pada ketika itu dalam fikiran Cik Semut ni, bohsia ni seorang yang sangat negatif tingkahlakunya.  Tapi bila dah melangkah ke alam menengah, bila dah tengok dengan mata kepala sendiri tak adalah seperti yang Cik Semut risaukan sangat

Tak Senonoh Weh..!!!

Pencarian Google. Kredit kepada Kucing Biru   Hai kawan-kawan... Kawan-kawan tahu tak apa jenis haiwan di atas? Yea...tepat sekali... ini lah dia KAMBING nama nya... Ni aku nak cerita sikit, pasal seorang perempuan. Aku perkenalkan dia sebagai  Joyah binti Jenok (bukan nama sebenar) Dia ni bukannya pengembala kambing atau berada di sekeliling kambing-kambing... Tapi minah ni jenis yang TAK SUKA MANDI... Spesis ini kan, sangat terkenal dengan haiwan di atas itu ye kawan-kawan... Aku tak tahu lah nak kata macam mana.. Terkejut kambing juga laa aku bila dia sendiri mengaku yang dia memang tak suka mandi. Dia akan mandi ikot mood dia. Kalau dia rasa nak mandi, dia mandilah... Bila aku tanya kenapa tak suka mandi.... takot air ke? kot-kot la dia ada peristiwa yang trauma dengan air kan...mana la kita tahu, tapi jawapan yang diberi adalah MEMANG TAK SUKA MANDI. Itu je. Aku memang tak boleh terima langsung alasan tu. Kalau pergi kerja dia hanya basuh muk

Cis, berdebah kau!

: Cis, berdebah kau!. : Berrrrammbus kau dari sini!.    (huruf 'R' sangat ditekankan menggetar lidah) : Aku tak hingin tengok muka kau lagi!. Sekali lagi aku menjinak-jinakkan diri berlakon watak mak tiri.. heheheheh Pagi-pagi yang dingin macam ni, aku tiba-tiba je teringat kat sama CHEESE...   Bila kami menyebut "CHEESEEEEEE" sampai kamera bunyi "SNAP!" Say "chese" menceriakan kita.. tengok muka-muka awek kat atas tu... ceria kan..kan..kan... Oleh itu, bila sedih dan berdukacita sebut saje "cheeseeee", muka anda akan tersenyum ceria. Tapi bila dah banyak kali sebut-sebut.. perut pun terasa ceria dengar perkataan "cheese". Kerana terlalu ceria, dia pun menari-nari, bergendang-gendang dengan sukaria.... Teringin aku nak makan "cheese". Saat ini terbayang pulak fast food yang memang sinonim dengan "cheese"... seperti kegemaran aku di McD...  Double Cheese Burger..... Tengok

Wordless Wednesday #8

Wordless Wednesday #7

Dasar Penipu!!!

Ini style omputeh, korang yang Melayu tu jangan la buat. Tak de faedahnya pun... : Dasar penipu!!! : Tak serik-serik kau nak tipu aku ye! : Aku punyalah jujur dengan kau! : Ini yang kau buat kat aku ye!! : Sampai akhirat pun aku tak kan maafkan kau!! : Aku sumpah kau jadi pinochio baru tau! : Biar semua orang tahu betapa panjangnya hidung kau! Amacam lakonan aku? hehehe, ada gaya macam Pelakon Wanita Popular tak? Sebenarnya aku nak cerita pasal PENIPU ni... Kamu rasa apa tujuan menipu tu? Untuk menyelamatkan diri daripada mengakui kesalahan dan kelemahan diri? Untuk menjaga perasaan orang?  Untuk mengelak daripada merumitkan keadaan? Tipu sunat? Aisssh..... nampok sangat menipunye! Mana ada istilah tipu sunat, tak de pon... Kitab mana yang kata ade tu, habaq mai sat. Tipu lah aku kata aku tak pernah menipu. Aku mengaku aku pun pernah tipu... pernah kene tipu... aku yakin yang semua orang pernah tipu dan menipu... sebab tu wujud lagu

SSn1