Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Kaifa Tahfazul Quran

Wanita Tua yang hanya berbicara dengan Al-Quran. Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Mu rad ) Berkata Abdullah B Mubarak R.A: Saya berangkat menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua. Saya berhenti sejenak dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengannya selama beberapa minit. Dalam dialog tersebut, wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur'an di atas setiap pertanyaan Abdullah Bin Mubarak. Abdullah : Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Wanita tua : سَÙ„َÙ€ٰÙ…ٌ۬ Ù‚َÙˆۡلاً۬ Ù…ِّÙ† رَّبٍّ۬ رَّØ­ِيمٍ۬ "Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani". (Yaa Siin 56) Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?” Wanita tua : Ù…َÙ† ÙŠُضۡÙ„ِÙ„ِ ٱلل

MAS belanja McD

Tanggal                 :               20 Mei 2011 – Jumaat Destinasi               :               Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur Time                      :               3.00 petang – 9.00 malam                                                 Flight Semut sepatutnya jam 5.30 petang hari itu. Seperti biasa Semut mesti sampai awal untuk mengelak sebarang kesulitan… Jadi, dengan hati yang girang Semut sampai 2jam lebih awal. (3.30 petang) ditemani seorang kawan Semut. Sebaik menjejaki kaki di ruang legar tu, Semut memandang skrin yang besar. Terbeliak biji mata Semut bila terpapar Flight ke Kuala Lumpur DIBATALKAN. Berdegup kencang hati Semut. Apa yang nak buat? Dengan pertolongan kawan Semut tu, kami terus ke kaunter. Beratur bukan main panjang lagi. Tiba-tiba kawan Semut kenal sorang abang handsome jaga kaunter check in tu..cepat2 kami tanya abang tu. Dia bagitau Flight tu memang cancel. Tapi abang tu cool je. Mungkin dah biasa kot. Kemudian, dia cuma tukarka

Hari Tanpa Air

Semut dengar satu Bandar Kuantan tak de air. Kat rumah sewa Semut petang semalam memang tak ada air. Semut pun tak sempat nak tadah air. Selalunya kalau tak ada air, kami akan terima notis dari JBA, jadi sempatlah kami tadah air. Tapi semalam tak ada pun. Di office air ada, tapi sangat-sangat slow.Itupun kata makcik cleaner kat office Semut. Tapi 1 hari semalam Semut memang tak masuk toilet, jadi Semut tak sempat nak check air.. Pagi semalam Semut makan kat warung. Ok je… macam tak ada masalah. Seperti biasa Semut akan beli air mineral sebotol. Selesai kerja semalam, Semut ke Pantai Balok dengan kawan Semut. Ada urusan kerja sikit. Rata-rata semua orang bercakap tak ada air. Lagi kesian di situ tak ada air dan elektrik. Tiba-tiba je. Kolam renang penuh orang. Di pantai juga penuh. Selesai urusan kerja di Pantai Balok, kawan Semut ajak pergi shopingmall terbesar di Kuantan; East Coast Mall. Sampai je kat situ, kami masuk toilet. Terbaca not

Spagetthi Carbonara (bukan dari tin makanan segera)

Hari ni ada seorang sahabat aku 'AIZA' bertanya tentang resepi nak masak Carbonara. Aku tahu lah juga sikit-sikit.  Aku selalu buat spagetti je sebab aku tak minat makaroni atau yang lain-lain. Aku kongsi apa yang aku selalu buat dulu-dulu. Waktu tu aku ada banyak masa untuk memasak. Sekarang ni makan mana yang sempat je. Tapi aku tak pandai nak ikut sukatan, main hentam je ikut sesedap rasa hati aku. heheheh. Cara masak yang nak aku kongsikan ni ikut konsep 3keje 1masa ye. So, kena la pantas dan alert. Bahan-Bahannya adalah: 1. Minyak zaitun / minyak masak 2. Bawang holland dicincang 3. Bawang putih dicincang lumat. (nak blender pun boleh tapi aku lebih suka hiris-hiris/cincang-cincang sahaja) 4. Daging cincang / seafood 5. Telur 6. Lada hitam yang dikisar / ditumbuk (nak senang beli serbuk lada hitam je tapi rasanya tak sama) 7. Mayonnise Heinz lebih kurang  setengah botol 8. Keju Parmesen parut-parutkan. (nak senang beli serbuk keju parmesa

Ayat-ayat AL QURAN yang boleh diamalkan :

Elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh : Surah Al-Baqarah : Ayat 102 Anak-anak pandai belajar : Surah  Al-Anbiyaa' : Ayat 79               Anak-anak lembut hati /  Elak panas baran :               Surah Al-Anbiyaa' : Ayat 69               Surah Al-Hasyr : ayat 22-24 Anak-anak malas sekolah : Surah Toha : Ayat 1-5           Ayat Pendinding :          Ayat akhir Surah At-Taubah Bagi anak-anak yang suka keluar malam : Surah Ar-Ruum : Ayat 31. (Baca 33x) Pendinding rumah : Surah Al-Baqarah dibaca & ditiup pada air dan spray keliling rumah. Pesanan semut : ~Usaha ~ Doa ~ Amal ~ Istiqamah ~ Insyallah... (gambar semua di 'google' ye) =>

semut menulis

Assalamualaikum... ape khabar kamu semua? Pertama kali aku menulis ikut suka gerak tari jari jemari aku ni... hari ini hari isnin... Hari yang paling malas dalam hidup aku, pasal kena KERJA memandangkan masih ada kerja-kerja yang belum diselesaikan jadi, nak tak nak kena lah juga aku ke pejabat. Lama juga aku tak menaip kat blog ni. Kata tak ada idea tak juga. Masalah aku ni, masa tak berblog banyak idea yang nak kongsi dengan teman-teman blog, tapi bila dah buka blog idea-idea tu tak tau ke mana..... Jadi, aku mengambil kata putus untuk 'belasah' je lah apa yang terlintas dan tergerak untuk aku menaip. Setelah 1 kerja aku dah siap, sebelum bermula tugas yang baru, jari jemari aku pun menari-nari atas papan kekunci (keyboard) ... UPDATE blog aku daa... hehehhe Sebenarnya aku tak tahu ape yang patot aku kongsi kawan2 aku. Tapi bila fikir-fikir balik tujuan asal aku ade blog adalah : UNTUK MENAIP APA SAJA YANG AKU NAK TAIP... hehehe sebab

SSn1