KLIK KLIK

6.12.11

Semut dan Sesumpah Menari-nari

Assalamualaikum kawan-kawan...
Sesiapa yang membaca blog ini , walau pun kita saling tidak mengenali tapi Cik Semut tetap menganggap kamu semua kawan Cik Semut... Selamat berkenalan ye... Boleh tinggalkan jejak anda sama ada melalui komen atau 'Shout box'... Komen selalunya untuk mengulas entry Cik Semut... mana-mana pun boleh la... sangat dialu-alukan...Nampaknya Cik Semut tak selalu menaip entry baru...masa dan keadaan betul-betul tak mengizinkan. Apa pun Cik Semut bersyukur dengan kelapangan ini sempat Cik Semut menaip untuk tatapan kamu semua...

Kali ini Cik Semut nak cerita pasal seekor kawan Cik Semut ni. Dikenali sebagai Sesumpah. Sebenarnya banyak nama kawan Cik Semut ni. Ada panggil mengkarung la, cicak kubing la, Chameleon, mana yang tak kenal ini gambarnya :


Gambar diatas dari Google untuk tontonan kawan-kawan Cik Semut.. Sesumpah ni sejenis haiwan reptilia. Saiznya lebih besar daripada cicak tetapi lebih kecil daripada biawak. Bentuk fizikalnya tak jauh beza daripada biawak dan cicak. Keistimewaan kawan Cik Semut ni, dia boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. Itulah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T supaya dia boleh menyamar untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Mana-mana yang belum tahu, Cik Semut ni berkecimpung dalam bidang seni tari. Apa kena mengena tari dengan sesumpah? Ye, jangan tak tahu memang ada tarian Sesumpah. Tarian Sesumpah ni adalah tarian rakyat negeri Pahang yang semakin dilupakan. Ramai generasi muda hari ini melupakan terus salah satu tarian tradisi negeri Pahang ni. Di kesempatan ini, Cik Semut terpanggil untuk berkongsi dengan kamu semua.

Pengasas tarian Sesumpah (nama lain : Chalok) ialah Tok Ahmad (telah meninggal dunia pada tahun 1967). Seorang pewaris Tarian Sesumpah ini iaitu En. Abdul Razak bin Nong berkongsi pengetahuan mengenai tarian ini. Beliau telah mengkaji dan mengumpul maklumat mengenai tarian ini pada tahun 1994 hingga 1999. 

Tarian Sesumpah ini berasal dari Kg. Kuala Sat, Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang... haaaa siapa orang Hulu Tembeling? Sila angkat tangan... anda patut tahu ni!. Ok. Tarian ni mula dikesan pada awal tahun 1918. Kemudian dari Kg. Kuala Sat dibawa ke Jerantut Feri ketika berpindah waktu banjir besar pada tahun 1926.


Google & kredit kepada  kuingingterbangkeawan

Tarian ini diadakan sewaktu majlis perkahwinan. Orang-orang dulu berkahwin atas pilihan keluarga. Ditarikan untuk memujuk pengantin perempuan supaya suka dengan pilihan orang tua mereka. Ada yang kahwin bermadu, ada yang  kena kahwin paksa, kahwin sebab nak bayar hutan dan ada yang tidak langsung kenal pasangan yang bakal mereka kahwini. Oleh kerana tidak mahu pengantin perempuan lari, pekerja sabak (pekerja di tempat memasak) menari-nari seperti gaya seekor sesumpah untuk mencuit hati bakal pengantin. Seorang atau dua orang saja yang akan menari dengan memakai kain sarung (kain basahan) di atas kepala yang menyerupai kepala sesumpah. Mulutnya akan terbuka dan tertutup mengacah-acah bakal pengantin. Ia ditarikan pada waktu malam ketika majlis menitik inai pengantin perempuan. Mak andam akan bagitahu kepada  pekerja sabak secara senyap-senyap bila pengantin telah siap sedia untuk menitik inai. Masa ini penari sesumpah akan muncul dari celah pintu, lantai, tangga, tingkap atau di mana-mana  ruang yang dirasakan sesuai. Majlis ini selalunya dimulakan pada jam 1.00 pagi. Kanak-kanak yang sedang tidur akan dikejutkan untuk memeriahkan majlis.

Ini lah rupanya tarian sesumpah itu.
Penari akan menari sambil mengerakkan mulut sesumpah itu.  

Penari Tarian Sesumpah akan menari-nari mengikut rentak paluan gendang ibu, gendang anak, gong dan kelinang (alat seperti piring yang diketuk-ketuk). Mereka akan menari sambil mengusik-usik pengantin perempuan sehingga pengantin perempuan itu tersenyum atau ketawa. Kalau 2,3 jam juga pengantin tu tak senyum, mereka akan terus menari. Apabila pengantin perempuan mula tersenyum atau ketawa, pengantin akan hadiahkan sekuntum bunga telur yang dicabut daripada nasi tabak (bunga pahar) dan disuap ke mulut sesumpah. Senyuman pengantin perempuan itu bermakna tarian itu berjaya memujuk pengantin perempuan.

Sweet je kan .... hehehe
Itu saja yang nak Cik Semut kongsi dengan kamu hari ini...

Tapi hari ini, tarian sesumpah bukan lagi untuk tujuan memujuk pengantin perempuan tapi untuk melahirkan rasa gembira kerana tugas memasak bagi majlis perkahwinan telah selesai dan supaya tarian ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Jangan tak tahu, tarian ini sering mendapat jemputan persembahan di seluruh Malaysia, dan  kata pakcik  Razak tu, tarian sesumpah ini pernah ditarikan di majlis perkahwinan Juliana Banos.
Google saja


Post a Comment

Klik Sekali