KLIK KLIK

31.12.11

Hilang Pertimbangan...

Salam semua...

Disaat semua sedang memperkatakan tentang tahun baru dan penghujung 2011 ini...Cik Semut iaitu Aku, sedang menaip entry ini tentang satu cerita kisah kehidupan... Ini realiti.

Aqil    : Pernah menjadi seorang pengarah syarikat perniagaan yang berjaya dan telah jatuh muflis.
            Kini seorang kerani di sebuah klinik.
Salma : Seorang pengarah di sebuah syarikat perniagaan. Kawan baik Aqil
Ina     : Doktor yang anggun dan berjaya. Majikan Aqil

Al-Kisah...
Salma terlalu mencintai Aqil walaupun mereka berkawan baik.
Salma tidak menyatakan perasaan itu secara terang-terangan namun masih dapat difahami melalui cara dan bahasa tubuhnya.Aqil juga tahu tentang itu.Salma sentias
a ada di saat Aqil perlukannya. 
Aqil adalah satu-satunya kebahagiaan Salma.
Aqil pula selalu bercerita tentang Ina setiap kali Aqil dan Salma makan bersama.
Aqil bukan mencintai Ina, cuma luahan perasaan betapa Aqil tidak menyenangi Ina di tempat kerja kerana dianggap sangat sombong.
Salma pernah menegur Aqil bahawa dia tidak suka Aqil bercakap mengenai Ina.
Tapi Aqil menganggap Salma hanya bergurau disebabkan cemburu biasa.
Ini menyebabkan Salma makin berasa cemburu. 
Kerana terlalu cemburu, Salma menjejaki Ina tanpa pengetahuan sesiapa.
Cemburu Salma lebih membara setelah melihat Ina yang mempunyai personaliti menarik, cantik, tinggi lampai, kulit sawo matang, punya klinik sendiri dan memiliki rumah seperti istana besarnya.
Cemburu itu menyemarakkan api.
Api yang didalam jiwa yang lebih berbahaya berbanding api biasa.

Kadang-kadang kerana Cemburu manusia hilang pertimbangan.


Pesanan Cik Semut :
1. Kalau kita tahu apa yang kawan kita tu tak suka, tak payah la buat ye. Lebih baik kita belajar menghormati hak orang.
2. Kalau ada rasa cemburu, jangan biar cemburu itu bernanah dalam jiwa. Kawal melalui change our mindset. Macam mana nak tukar mindset? Kita kena fikir positif.
3. Bila melihat sesuatu yang lebih hebat daripada kita, ucaplah Subhanallah kerana semua itu datangnya daripada Allah. Kita juga hebat sebenarnya. Selamilah diri kita sendiri. Bila mengingat pada kuasa Allah, insyaallah hati kita kembali tenang dari perasaan-perasaan negatif... Insyallah.
4. Bila kita di atas, jangan sesekali lupa yang dibawah. Kita tetap manusia, sama saja disisi Allah.






Post a Comment

Klik Sekali