KLIK KLIK

30.12.11

BUNGA & CINTA

Bunga mawar merah lambang cinta

Suatu hari terlihat di halaman rumah  seorang wanita sedang menyirami tanaman bunga yang sedang mekar, ia juga membersihkan daun-daun kering dan rumput yang liar di sekitar tanaman bunga tersebut.

Perempuan itu nampaknya sangat menikmati apa yang sedang dibuatnya. Sesekali dia tersenyum sendiri ketika melihat bunga yang dijaga selama ini kelihatanbegitu indah sekali. Sering terlintas dipikirannya untuk memetik bunga tersebut dan memindahkannya ke dalam pasu yang kemudian akan dijaga dan dipandang di dalam biliknya sahaja.

Tapi kemudian dia berfikir lagi, alangkah egonya dia jika dia melakukan hal sedemikian. Dan tentunya walaupun dia boleh menikmati indahnya bunga tersebut, tapi umurnya tidak akan lama kerana bunga tersebut akan cepat layu. Bunga akan layu bila terpisah daripada batang dan akarnya.

Akhirnya perempuan itu berjanji pada dirinya sendiri untuk membiarkan bunga itu tetap berada di halaman agar setiap orang yang singgah dapat menikmati keindahan bunga tersebut. Dan dia berjanji akan tetap merawatnya agar ia dapat hidup lebih lama, mekar dan mewangi.

***Seringkali banyak dari kita yagn tidak menyedari bahawa cinta itu tak selamanya kita miliki. Cinta yang tulus itu adalah bila kita mampu membuatkan orang yang kita cintai itu bahagia tanpa kita mengharapkan apa-apa balasan daripadanya. Cinta ini anugerah yang Esa. Hargailah dan jagalah dia sementara kita masih bernafas...dan adakala, cinta itu bukan milik kita seorang...***
Post a Comment

Klik Sekali