KLIK KLIK

31.10.11

Sentap Mak, Nok!!!


Assalamualaikum...

Aku menerima 'message' di laman sosial 'facebook' daripada seseorang yang aku tak kenal.
Tapi aku tak faham baris-baris ayatnya...
Berulang-ulang kali juga la aku membaca dengan penuh penghayatan dan penelitian...
Rupanya tak puas hati kat aku...
Tapi tidak mengapa, aku rasional dan positif.
Tidaklah perlu melatah.
Kerana apa? Kadang-kadang kawan baik kita sendiri belum tentu boleh memberitahu keburukkan kita...
Kadang-kadang orang-orang yang macam ni lah kita ambil sebagai rujukan membentuk peribadi dan tingkahlaku yang lebih positif.
Baiki kelemahan diri...
Mau saja aku mengucapkan terima kasih kat dia, tapi rasanya diam itu lebih baik daripada berkata-kata kerana antara aku dan dia sememangnya tidak mengenali antara satu sama lain.
Mungkin juga dia tersilap 'message'. Aku tak pasti.
Tapi aku agak TERSENTAP!



Tapi,
Aku pun pelik, dah la tak kenal minah ni dari mana asal usulnya...
Tapi itu bukan persoalan utama yang menjebakkan dirinya dalam 'facebook' aku...
Tapi yang aku persoalkan ialah bahasa yang digunakan...
Dah gaya Indon dengan ringkasan-ringkasan perkataan dan perkataan-perkataan yang aku memang susah nak sebut malah mengeja pun payah..
Aku betul-betul ingat minah indon mana yang tersesat 'message' kat aku...
Rupanya bangsa Melayu juga, perempuan yang sepatutnya penuh dengan budi bahasa yang sopan, dan muda.
Tapi Melayu sudah tidak Melayu pada bahasanya, kesopanan tidak tahu dimana tercicirnya...

Sempena bulan Oktober sebagai Bulan Bahasa kita sepatutnya mengambil kesempatan ini sama-sama memartabatkan bahasa kita.
Bahasa Jiwa Bangsa. Hayatilah sedalamnya.
Bahasa kita sangat indah, sangat mudah.
Tapi tidak ramai yang bangga dengan bahasa kita.
Jika tidak kita, macam mana dengan generasi masa hadapan kita?

Aku yang bersisa patriotik.



Post a Comment

Klik Sekali