Skip to main content

Mereka Menemani Ku

Assalamualaikum....
Moga korang sehat sejahtera ketika membaca celoteh ku hari ini...dah lama sangat tak update ni disebabkan kesibukan Cik Semut menguruskan kerja dan aktiviti harian ye kawan-kawan. Teringin juga sebenarnya aku nak upload gambar-gambar dan menceritakan aktiviti aku kat sini. Mungkin di lain hari, di lain ketika kerana ketika ini aku masih dalam mood sibuk menyelaraskan aktiviti. Di kesempatan ini, aku hanya nak tunjuk mereka yang sentiasa menemani aku ketika di pejabat sewaktu aku gembira seperti ingin melompat bintang 150 kali, diwaktu aku stress hampir tidak siuman dan dikala aku berdukacita...
Saksikanlah oleh mu wahai pujaan....

Pemberian sahabat-sahabat baik ku


Cermin diri supaya sedar kekurangan dan kelebihan diri
Tabung katak yang mengingat untuk berjimat cermat
Robot sumber inspirasi ku
Cawan teh dari China pemberian kawan ku
Gift dari Sabah dari orang Sabah
Potpuri, cawan putih comel, kotak gift : Sumber inspirasi utk KAHWIN..heheheh



Losyen-losyen untuk mengelak kulit kering akibat pendingin udara di pejabat...
Kotak memo yang aku suka kenangan daripada pejabat lama,
Gasing : Pemberian seorang kawan supaya tidak lupa tradisi kita
Ricola penenang waktu tak ada idea...kunyah, kunyah, kunyah yang mendinginkan...



Kenangan dan sumber inspirasi kerjaya ku 
Nampak tak benda kuning, model otak tu...itu lah stress ball yang akan ku genggam waktu tensyen.
Pewangi harus ada supaya aku dapat relax and calm...

HABIS SUDAH...

Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.