KLIK KLIK

12.8.11

JANGAN TAK TAHU...PATUT AMBIL TAHU

Assalamualaikum kawan-kawan...
Entri hari ni sempena Hari Jumaat di Ramadhan yang mulia... Sudikah korang membaca atau memandang sebelah mata saja? Atau buat-buat tak nampak...(skip pada entri yang lain)... Moga hati korang masih terang dan bersih daripada segala nafsu jahat yang menggelapkan hati... aminn


Cuba tanya diri kita, agak-agaknya pernah tak kita menyakiti hati orang lain? Pernah kita melampaui batas? Pernah kita berimaginasi kotor? Pernah kita bercakap dan buat sesuatu  yang tidak betul  sehingga menjadikan kita semakin jauh dengan Allah.  Tetapi itulah kita manusia, takkan lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita. Insyallah dapatlah dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Dugaan Allah silih berganti, berat dan ringan, sakit dan pahit, semuanya ujian untuk menunjukkan kasih sayangNYA kepada kita. Bersyukurlah kerana Allah memerhatikan kita dan memberi peluang untuk kita dekat dengan Pencipta, Ya Rabbul Izzati.

Oleh itu kawan-kawan hendaknya kita selalu menjaga 7 sunnah Nabi setiap hari.
 
Pertama :

TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua :

Membaca AL-QURAN sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat Qursi.
 
Ketiga :

Jangan tinggalkan MASJID terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat :

Jaga SOLAT DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada Solat Dhuha. Yakinlah, kesan Solat Dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 

Kelima :

Jaga SEDEKAH setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam :

Jaga WUDUK terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhuk  senantiasa ia akan berasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah".
 
Ketujuh:
Amalkan ISTIGFAR setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 

Cik Semut : "Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. Selamat beramal kawan-kawan"
Post a Comment

Klik Sekali