KLIK KLIK

23.6.11

Mari Belajar 'Aishiteru'


Menghabiskan sisa-sisa masa rehat ini dengan melayan lagu 'Aishiteru' daripada Zivilia Band. Liriknya boleh tinjau Bisikan Hati. Juga menjadi Soundtrack Sinetron Cinta Melody yang ditayangkan di Astro Ria waktu Cik Semut balik kerja. (Sebenarnya tak layan sangat cerita tu, tapi waktu balik kerja mesti berehat sambil menonton TV. Cerita itu je macam ok laa...)

Sambil melayan sahabat-sahabat blogger Cik Semut yang cergas jari jemari membina entri-entri terkini, Cik Semut mencari-cari sedikit sebanyak maklumat mengenai "AISHITERU'.

"Saya cinta kamu" mungkin telah menjadi salah satu frasa yang paling popular di mana-mana bahasa di dunia.

Makna Aishiteru = Saya suka/cinta kamu.

Di Jepun, kata dasar bagi CINTA adalah ai (爱), 
kata kerja MENCINTAI adalah "aisuru (愛する)."
Dalam perbualan pula, I LOVE YOU/SAYA CINTA KAMU  boleh diterjemahkan sebagai :
  • Aishite imasu (愛し て います).
  • Aishiteru (愛し てる).
  • Aishiteru yo (愛し てる よ).
  • Aishiteru wa (愛し てる わ, ucapan wanita).
 
Walau bagaimanapun, orang Jepun tidak mengatakan "I love you" sekerap orang Barat lakukan, kerana perbezaan budaya. Jangan terkejut jika orang Jepun mengatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan ungkapan-ungkapan ini dalam kehidupan mereka.

Antara bahasa lain yang popular pula, SAYA CINTA KAMU boleh disebut :

Mahal kita ~ Filipino
Je t'aime ~ French
Ich liebe dich ~ German
Ti amo ~ Italian
amo te ~ Latin
Eu te amo ~ Portuguese
Te quiero ~ Spanish

SELAMAT BELAJAR YE ADIK-ADIK..hehehehe
Post a Comment

Klik Sekali