KLIK KLIK

26.5.11

Hari Tanpa Air


Semut dengar satu Bandar Kuantan tak de air.
Kat rumah sewa Semut petang semalam memang tak ada air.
Semut pun tak sempat nak tadah air. Selalunya kalau tak ada air, kami akan terima notis dari JBA, jadi sempatlah kami tadah air. Tapi semalam tak ada pun.


Di office air ada, tapi sangat-sangat slow.Itupun kata makcik cleaner kat office Semut. Tapi 1 hari semalam Semut memang tak masuk toilet, jadi Semut tak sempat nak check air.. Pagi semalam Semut makan kat warung. Ok je… macam tak ada masalah. Seperti biasa Semut akan beli air mineral sebotol.


Selesai kerja semalam, Semut ke Pantai Balok dengan kawan Semut. Ada urusan kerja sikit. Rata-rata semua orang bercakap tak ada air. Lagi kesian di situ tak ada air dan elektrik. Tiba-tiba je. Kolam renang penuh orang. Di pantai juga penuh.


Selesai urusan kerja di Pantai Balok, kawan Semut ajak pergi shopingmall terbesar di Kuantan; East Coast Mall. Sampai je kat situ, kami masuk toilet. Terbaca nota yang terpampang. “Tiada Air Buat Sementara Waktu”. Aiiishhhh…. Tapi kami masuk jugak. Bukan nak buang air pun, tapi nak tengok cermin je.. hik hik hik.. tapi toilet berbau sangat hancing… busuk…. Yearrkkk!!! Kami pun keluar balik. Toilet sangat-sangat kotor. Dah tahu toilet tak ada air, tapi masih ramai orang yang menggunakan toilet tu… Cuba korang bayangkan. Dah guna toilet tu tapi tak basuh… tak boleh flush... hisshhh….


Selesai je beli barang, kami singgah di restoran kt luar.
Banyak restoran tutup… ada dua tiga restoran yang bukak. Tapi sebab lapar sangat kami singgah la restoran mana yang ada. Orang memang ramai. Mungkin dorang-dorang jugak tak dapat masak sebab tak ada air kat rumah. Tentang darimana punca air restoran tu, Semut tak tanya la pulak. Hik hik hik.


Kemudian sampai rumah, sah-sah memang tak ada air.
Macam mana Semut nak mandi….dah la seharian di office. Jangan kata Semut tak mandi ye. Dengar berbekalkan air mineral yang Semut beli kat warung pagi tadi tulah Semut mandi. Bab nak sabun kan badan tu je Semut tak boleh sbb nampak gayanya air memang tak cukup. So lepas dah lap2 badan, Semut ambil Wet tissue dan lap 1badan… baru lah rasa lega.


~~Yang pasti Semut tak tahu apa punca tak ada air.
Esok kalau tak ada air jugak, terpaksalah mandi kat office.~~


Post a Comment

Klik Sekali