Skip to main content

Zakat Fitrah Bukan Sekadar Bayaran.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Google


Saja nak cerita zaman bujang SS dulu. SS pernah ikuti rakan-rakan persatuan untuk pergi memberi zakat kepada orang-orang susah yang telah dikenalpasti oleh ahli persatuan. Zaman bujang dulu memang aktif berpesatuan ni. Macam-macam persatuan SS sertai. 


Kami beli beras dan beberapa lagi keperluan harian untuk mereka. Betullah, lain betul perasaan ni apabila kita tengok mereka dengan mata sendiri. Terus rasa bersyukur sangat-sangat apa yang kita ada. Terus rasa humble. Sedih dan sayu, berbaur perasaan. Lebih-lebih lagi bila tengok keadaan rumah yang usang dan ada ahli keluarga yang terlantar sakit. Allahuakhbar. Terkedu. Namun digagahi dengan senyuman bagi mengumpul kekuatan dalaman agar tidak terpancar air muka kesedihan. 

Menziarah mereka betul-betul menjentik rasa insaf dalam diri. Rasa seronok kerana sedikit sebanyak dapat bantu meringankan beban mereka. Melihat anak-anak seronok mendapat baju baru, cukup membuat hati rasa lapang. 






Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Pengalaman adalah guru yang sangat berharga dalam hidup. 
Ambillah ikhtibar dalam setiap pengalaman yang tercipta."



Comments

  1. wak blom bayar zakat fitrah lg ni.. x jumpa amil lg.. 😅

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..jazakillah for sharing...perasaan gembira mereka yg dpt sumbangan mengubat rasa letih..teringat angkat beras naik tangga masa bg sumbangan..

    ReplyDelete
  3. kali ni bayar online je zakat...
    senang kan... :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah beres.
    Jangan lupa zakat2 yang lainnya pula.

    ReplyDelete
  5. wajib byr zakat utk melepaskn hak org lain yg bersama kita

    ReplyDelete
  6. saya baru bayar semalam, itu pon bayar secara online jer. tak feel plak bayar secara online, tak dpt salam tok amil

    ReplyDelete
  7. Petang ni, cadangnya teman suami pergi bayar zakat fitrah, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  8. ibadat ni ringan je... tapi jangan ambik ringan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah beres bayar zakat. Bayar online sahaja hehehe. Senang dah mudah.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dengan membayar zakat kita dapat membantu mereka yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Moga derma jariah diterima Allah SWT.

    ReplyDelete
  12. Semoga zakat yang kita bayar dapat disalurkan kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
  13. Seronok ada pengalaman-pengalaman yang tak semua orang dapat.

    ReplyDelete
  14. baru dapat info yang sejak tahun lepas harga bayaran berbeza mengikut jenis beras yang kita makan. semoga Allah terima ibadah zakat kita dan menjadi asbab kebaikan untuk mreka2 yang memerlukan..

    ReplyDelete
  15. Di Malaysia nie kebanyakkan byr pakai duit utk zakat fitrah, jarang juga dengar guna beras, mungkin ada tp senang kalau ikut nilai yg ditetapkan..

    ReplyDelete
  16. baca, tgk gambar and dgr cerita ni lain dgn apa yg kita tgk dgn mata kepala kita sendiri kan

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.