KLIK KLIK

21/04/2021

TTC's STORY #11 : KEPUTUSAN UJIAN DARAH


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Google : Rujukan (KMC)


2014 NOVEMBER : Aku & suami ke Kuantan Medical Centre (KMC). Aku turutkan walau dalam ketakutan. Dapatkan konsultansi doktor. Aku beritahu bahawa aku mengalami haid yang tidak normal, aku dah rujuk klinik, dan doktor klinik suspek aku ada cyst. Kemudian doktor tekan-tekan perut aku. Tapi aku tak ada rasa sakit apa-apa pun. Doktor minta aku baring di katil rawatan untuk imbasan rahim. Waktu inilah, aku sedikit gugup. Alhamdulillah doktor kata tengok dari imbasan ini aku tak ada cyst. Syukur sangat-sangat. Tapi doktor minta aku dan suami buat rawatan susulan. Temujanji seterusnya pada kitaran haid hari ke-2 & hari ke-21 di makmal untuk ujian darah. 

2014 PENGHUJUNG NOVEMBER : Seperti yang dijadualkan, aku kembali ke KMC untuk ujian darah bagi memastikan masalah utama kenapa aku masih belum hamil. Kena ambil darah di kawasan pelipat lengan. Aku perhatikan jarum tu masuk dalam urat dan darah semakin memenuhi picagari. Kemudian aku kena tunggu keputusan ujian darah lebih kurang seminggu lamanya. Bagi aku memang lama untuk aku terus bersabar. Terus positifkan diri. Aku masih punya waktu untuk aku  berdoa. 

Ujian darah ni memakan belanja sebanyak RM400++. 

2014 DISEMBER 8 : Aku kembali ke KMC untuk konsultansi doktor dan review ujian darah tempoh hari. Doktor bagitau alhamdulillah, aku bebas dari sebarang cyst. Syukur sangat. Tapi kata doktor, aku mengalami gangguan hormon sebab itulah haid aku jadi tidak teratur. 

Aku bersyukur tiada masalah serius. Jadi lepas ni, aku kena fokus utk betulkan hormon. 


TTC's Story : Click for new window
1)      Period Ting Tong
2)      Period Ting Tong II
3)      Suspect Pregnant
4)      Scan Rahim
5)      Bekam
6)      Suppliment
8)      Jumpa Bidan
9)      Need Support
10)   Suspect Cyst



Terima kasih sudi singgah dan baca.

"Ikhtiarlah sehingga hujungnya, Allah pasti memakbulkan bila tiba waktunya".

10 comments:

  1. alhamdulillah... khabar gembira di bulan ramadan..

    salam 9 ramadan ;-)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tiada cyst. Camana cara nak betulkan hormon? Ada ubat la ye? Tak sabor nak baca lagi. :)

    ReplyDelete
  3. Ohhh ada cara ye nak betulkan hormon? Baru tahuuu.
    Kakak saya pun ttc 10 tahun, alhamdulillah 03 May ni dijangka bersalin.
    Semoga urusan SS dan suami dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah SS sihat akhirnya...
    kena makan ubat ke tuk betulkan hormon?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tak ada yang serius. Semoga hormon kembali stabil dan dipermudahkan segala urusan serta mendapat rezeki zuriat nanti. Aaminn...

    ReplyDelete
  6. moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, moga kitaran haid akan teratur

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.
    Nak tahu juga bagaimana cara nak betulkan hormon.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillahhhh moga SS sentiasa diberikan kesihatan hendaknya aminnnn

    ReplyDelete

Klik Sekali