Skip to main content

Pilihan Ramadhan : Lipstik atau Pelembab Bibir?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Google


Bila sampai bulan Ramadhan, setiap kali nak keluar rumah, akan terfikir sejauh mana lipstik ni mampu memberi manfaat kepada bibir? Rutin SS pergi kerja memang pakai lipstik. Cuma sejak mula pakai pelitup muka ni, jarang sangat SS nak pakai. Nanti melekat-lekat kat pelitup muka, kotor pula. Setiap kali pakai lipstik dan pelitup muka, mesti akan tukar lepas buka pelitup. Rasa macam membazir pula. 

Tapi, bila dah puasa ni, kalau pakai lipstik batal puasa tak? Kot-kot laa, termasuk dalam kawasan dalam mulut tanpa disedari?




Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Secalit pemerah bibir nipis mampu menjadikan air wajah lebih berseri. 

Bagi SS pulak, setiap kali bulan puasa, SS lebih suka pakai pelembab bibir.Bulan puasa kan, kurang minum air, bibir pula cepat kering. Tak suka yang berbau dan berperisa sebab dia mengundang untuk menjilat bibir. Hehehe... Jadi, untuk langkah lebih selamat, gunalah pelembab yang tidak berperisa dan tidak berbau.

Antara pelembab bibir yang menjadi kegemaran SS di waktu ini adalah, pelembab bibir daripada Wawa Kosmetik. Ini bukan iklan berbayar. Ini adalah review jujur dari SS sebagai pengguna. Asalnya beli tanda support kepada bisnes pelajar SS yang mengumpul duit nak kahwin. Tapi bila dah pakai tu, terus rasa jatuh cinta. 

Didatangkan dengan beg kecil sebagai free gift.

Gambar tanpa make up di bulan puasa. Cuma berhias pelembab sahaja.
Faktor pencahayaan dari lampu siling di pejabat akan memberi impak kepada gambar ini.

Ini rupanya setelah hampir 5 bulan pakai setiap hari, sehari dalam 3 ke 4 kali juga calit di bibir. Nampaknya pelembab bibir ini begitu tahan lama. Jimat!.

Warna dia jernih saja. Tapi bila dah calit-calit ni, memang akan jadi warna pink macam tu. 
SS suka dengan tekstur dia yang begitu lembab dan tidak mengganggu bibir. Bila pakai memang best lah! Nak repeat order, tapi kebiasaanya SS akan tunggu produk yang sedang guna ni habis dulu. Sekarang dah ada packaging baru. Warna merah. Lambat pula habis yang lama ni ...hehehe

Terima kasih sudi singgah dan baca entri ini.
"Cantik untuk diri sendiri adalah satu kepuasaan yang menjadikan diri lebih yakin dan selesa.
Cantik dimata suami mengerat rasa cinta. Menjaga kecantikan diri itu juga satu amanah. Allah Maha Cantik yang sukakan kecantikan."





Comments

  1. wak ada baca.. hukum penggunaan gincu bibir pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana kita tidak menelan masuk ke dalam rongga.

    Apapun, memakai gincu untuk memperlihatkan kepada orang lain dalam keadaan berlebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam.

    Bagaimanapun, untuk suami, ia dibenarkan sebagai berhias diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat dan padat komen dari Wak ni. Terima kasih untuk pesanan yang sgt berharga ni, Wak.

      Delete
  2. Sama! Saya pun pakai pelembab bibir sebab kering. Tapi kadang pelembab bibir tu ada rasa starwberry lah pulak hahaha.

    ReplyDelete
  3. Haaahaaa... memang betul habis comot pelitup muka kalau kita pakai lipstik.

    ReplyDelete
  4. wanita tetap jelita walau bibirnya tanpa lipstik...dh pakai mask xnmpk dh bibir merah ke tidak

    ReplyDelete
  5. alamak, dulu akak kadang pakai pelembab bibir jugak tapi kadang nampak pucat... sudahnya sekarang pakai lipstik je macam biasa... biarla kene tutup dengan mask hehehhe

    ReplyDelete
  6. saya tak boleh kalau tak pakai lipstik, bilalah nak berubah ni huhu

    ReplyDelete
  7. baik guna pelembab bibir aje kan?

    ReplyDelete
  8. Tidak pakai apa-apa untuk bibir.

    ReplyDelete
  9. Zaman sekarang dah guna pelitup muka, jadi tak perlu guna gincu mahupun pelembap bibir. 😃😃😃

    ReplyDelete
  10. sy guna lipbalm dari seba med, suka pakai sebab ada spf hehe

    ReplyDelete
  11. suka tengok kawan2 pakai produk Wawa Cosmetic ni tapi ana tak boleh sbb try pakai haritu bibir jadi kering pulak pastu skrg guna lipbalm sebamed atau nivea hehe

    ReplyDelete
  12. Sejak covid, lansung tak pakai lipstick dah bila pakai mask :)

    ReplyDelete
  13. Suka pakai pelembab bibir lg

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.