KLIK KLIK

12/08/2020

TTC's Story : BEKAM

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... 

Uish, sekali lagi. Kali ni, sedar tak sedar lama betul tak update blog. Haiyaaa!!! Agaknya masih ada lagikah yang mengikut cerita-cerita aku ni?. Tak pe lah. Apa pun blog ini adalah sebagai diari hidup untuk mengumpul segala cerita, menggamit kenangan dan rujukan di masa akan datang. Semoga memberi manfaat kepada diri sendiri dan sesiapa yang menjumpai. Agiitteewww... 

Sebelum tu, boleh baca pasal TTC's Story aku :

Kali ini nak kongsi pasal berbekam. 
Bekam ini merupakan salah satu usaha aku untuk betulkan period aku sebagai langkah ikhtiar hamil. Asalnya aku memang takut nak berbekam. Tapi kisah ni terjadi lepas aku teman seorang kawan aku pergi berbekam di Terengganu 2 tahun lepas. Waktu tu ada urusan kerja di sana. Waktu teman kawan aku tu, rasa macam lama pula menunggu. Kemudian, timbul rasa nak mencuba. Lebih baik berbekam daripada aku terkebil-kebil kat situ. Aku pun terus daftar dan ceritakan masalah aku yang haid tidak teratur. Jadi, therapist tu sarankan aku buat bekam berfokus di sekitar belakang pinggang. Aku akur. Aku bagitau yang aku first time berbekam, jadi therapist tu guide apa patut aku buat. Waktu berbekam, tak ada laa sakit mana pun. Aku sangat menikmati saat berbekam tu. Lepas berbekam, aku rasa badan aku lebih selesa. Malam tu, rutin aku biasanya membalas whatsapp, jadi tak terbalas pun aku dah terlelap. Lena betul sampai ke pagi. Allahu, nikmat betul. Nikmat rehat yang jarang betul aku dapat. Alhamdulillah.

Kemudian, lepas kejadian tu, barulah aku susun plan untuk jadikan bekam ini salah satu amalan gaya hidup sihat. Aku cari tempat-tempat bekam yang aku yakini bersih dan selamat. Dah buat servey semua, aku dapati Spa Bekam Arrayyan, Kuantan adalah salah satu tempat yang aku memenuhi citarasa aku. 

Ini kali ke-4 aku pergi berbekam kat sini. Setakat ini, aku masih berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka berikan. Masuk-masuk spa je, dah feel likes home. 

Wajib ambil bacaan tekanan darah sebelum dan selepas berbekam.

 
Jadi , kita pun boleh pantau rekod tekanan darah kita.

Norma baru PKP, perlu bawa alas kain sendiri yang selesa, kain batik dan tuala kecil. Batik lepas ini yang aku ada, boleh laa buat alas.

Aku mula berbekam pada 26 Januari 2019. Dah setahun rupanya. Permulaan ini, memang aku ambil pakej infrared dan bekam full body. Kelebihan infrared adalah untuk melancarkan lagi perjalanan darah. Berbekam satu badan ini, boleh dilakukan sebanyak 3bulan sekali. 3 bulan itu adalah proses untuk renew darah baru secara semulajadi dalam badan kita. Jadi, 2 kali aku ambil pakej bekam satu badan. Kali ke-3, aku masih ambil pakej infrared tapi disusuli dengan bekam separuh badan dan bekam migrane. Aku pun ada migrane. Bekam migrane ada 3 point di kepala. 

3 kali berbekam ini, aku dapati kitaran period aku semakin teratur dan semakin pulih. Alhamdulillah. In-Shaa-Allah, aku akan menjadikan bekam ini sebagai salah satu amalan sunnah.   

Baca Hadis Riwayat Abu Daud tu, itu yang menguatkan semangat aku untuk terus berbekam. Niat untuk sembuh dari penyakit selain mengamalkannya sebagai sunnah. Aku memang grab peluang berbekam waktu afdhal ni. 

Ini adalah wajah aku sebelum dan selepas berbekam. Tak banyak beza pun dalam gambar walaupun tanpa filter. Cuma kelihatan agak pucat selepas berbekam. Tapi in real life, ramai yang tegur muka aku nampak lebih berseri. Mungkin sebab darah-darah kotor dah dikeluarkan dari badan dan ini salah satu hikmah berbekam. 

Ini aku kongsikan juga kelebihan-kelebihan lain mengenai bekam yang dikongsikan oleh Spa Bekam Arrayyan. 







Aku juga ada membaca dan bertanyakan ahli terapi bekam tentang amalan/tips sebelum, semasa dan selepas berbekam yang boleh aku kongsikan bersama.

Tips berbekam yang berkualiti.
1) Dapatkan tidur yang cukup semalaman sebelum berbekam esoknya.
2) Pastikan badan tidak terlalu penat, bebas dari sakit demam/selesema/batuk dan sebagainya.
3) Target berbekam sekitar jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang kerana waktu itu darah dan cuaca tengah panas.
4) Kosongkan perut 2 jam sebelum berbekam supaya keadaan perut tidak terlalu kenyang dan tidak terlalu lapar.
5) Pilih tarikh terbaik iaitu 17, 19 & 21 setiap bulan Islam.
6) Niat mengamalkan sunnah 
7) Tidak berada dalam stress atau tergesa-gesa. (Praktikan untuk tenang)
8) Semasa sesi berbekam, baca Ayat Kursi dan banyakkan selawat supaya tidak tidur.
9) Selesai berbekam, rehat seketika sekiranya mengalami pening kepala.
10) Minum air putih (air masak/air minuman/air mineral), makan selepas 1 atau 2 jam.
11) Minum susu kambing/makan madu/habatussauda sebelum makan berat supaya badan kembali bertenaga dan peredaran darah kembali stabil.
12) Mandi paling awal 5 jam selepas berbekam supaya luka bekam dah sembuh bagi mengelak rasa pedih waktu mandi, luka terbuka dan jangkitan kuman.
13) Tidak melakukan hubungan seks bersama suami/isteri selama 3 hari supaya dapat mengoptimumkan tenaga tubuh badan kerana berbekam juga merupakan salah satu proses untuk memulihkan fungsi tubuh badan.

Sekian untuk kali ini. Panjang juga rupanya jariku menaip.
Apa pun, ini bukan review berbayar. Aku memang menaip ikhlas pengalaman dan tujuan aku.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini. 

"Teringin juga nak buat bekam muka. Bekam muka boleh buat sebulan sekali.
Kumpulan kekuatan dulu."


18 comments:

  1. Terima kasih untuk panduan. Belum buat lagi bekam.
    Baca sahaja blog awak kalau npak di pemuka blogger.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..akk pun selalu jg berbekam utk jg kesihatan tapi selepas PKP ni, belum lg berbekam...

    mencari tmpat bekam yg bersih mmg menjadi keutamaan...

    ReplyDelete
  3. Moga terus menikmati manfaatnya.Dan semoga semua apa yang dihajati Allah permudahkan.Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi cuba berbekam, takut ppun ada hehe

    ReplyDelete
  5. ALHAMDULILLAH BERANI BERBEKAM

    ReplyDelete
  6. PErnah sekali jer buat bekam tapi lama dah, rasa Arrayyan nie banyak cawangan, nanti boleh lah try kat dia pula.

    ReplyDelete
  7. Wak tak pernah buat bekam walaupun dan warga emas.

    ReplyDelete
  8. tak pernah berbekam, takut lak nak nengoknya tu heheheh

    ReplyDelete
  9. CP pernah sekali je buat bekam tapi lama dah

    ReplyDelete
  10. tak pernah try bekam...mcm bagus la.nice

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  11. teringin juga untuk berbekam..

    orang kata..buang darah kotor dalam badan

    ReplyDelete
  12. cantiknya tempat bekam macam spa ni kan

    ReplyDelete
  13. menarik info ni. pernah berbekam sekali je setakat ni, tapi tak ingat dah apa perbezaan pada badan lepas tu. haha. mungkin boleh cuba lepas ni. tq share..

    ReplyDelete
  14. Thank you for sharing this wonderful post keep your awesome work
    I have many hobbies. I love to travel and read. But my favorite hobby is cooking. Let me tell you why! First, I'll tell you a little bit about why I started cooking. Secondly, I'll give you some information about what I like to cook. Third, I will say how I use the vietnamese food for cooking.

    When I started cooking, I was 10 years old. My mom wants me to be a chef. She has always believed that girls have to make different types of food, because one day they will get married. In my country, it is normal for girls not to cook. I feel lucky because I can cook many dishes. Now that I cook some of the dishes my children and husband love, I become happy and proud of my mother and myself. i am a food blog

    ReplyDelete
  15. Salam, blogwalking here. done follow blog ni. berbekam mmg bagus. Spa bekam arrayyan mmg best. tempat sangat selesa dan yakin dengan kualiti kerja mereka. terbaik semua. :D

    ReplyDelete
  16. best bekam ni... rasa ringan lepas buat hehehe

    ReplyDelete
  17. Belum pernah berbekam tapi dah alama teringin tak kesampaian lagi.
    Mrs. A ada migrain jugak.

    ReplyDelete
  18. suka jg berbekam. prnh try 2 kali. yg first tu dia pakai pisau 😂 yg second tu jarum mcm pen

    ReplyDelete

Klik Sekali