KLIK KLIK

25/06/2020

Spontaneous Thursday #9

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Cobaaaannn...

Dari sehari ke sehari aku menghitung waktu nak update blog. Sejak masuk kerja selepas PKP sampai laa hari ni, semakin menjadi-jadi aku punya tugasan kat pejabat dan kat rumah. 

Konon-konon nak laa update blog waktu pagi sebelum mula kerja. 
Tak menjadi juga. Bila dah buka komputer, memang hadap kerja dari pagi sampai ke petang.

Kemudian, konon-konon waktu lunch hour nak update. 
Pun tak sempat juga. Waktu itulah, nak pergi tapau makan laa, pergi masjid laa, kawan pula nak buat sesi luahan perasaan laa. Layankan aje lah.

Postpone sebelum balik pula lah nak update, tapi sebab dah sampai awal kat office, makanya waktu balik pun jadi awal. Biasanya, semakin nak dekat balik, ada saja staff yang order tugas. Haiiihh, tak leh jadi ni. Kena balik awal, fokus untuk diri dan keluarga pula.

Konon-konon nak balik rumah baru update. 
Tapi sekali lagi kecundang sebab sejak akhir-akhir ni pukul 11.00 malam dah berat kelopak mata. Begitulah hari-hari seterusnya, genap seminggu tak sempat update blog.

Itu yang entri sebelum ni, mampu buat Wordless Wednesday je. 
Konon-konon nak taip sepatah dua kata juga. 
Hmmm, tak ada maknanya. Kelopak mata dah berat sangat.

Apakah ini dinamakan norma baharu kehidupan ku?
Tapi bagus juga, seronok dapat tidur awal, dapat rehat cukup.
Jarang dapat waktu rehat yang macam ni sewaktu kehidupan sebelum COVID19 menyerang bumi.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Hidup ni memang punya banyak rencana,
maka, utamakan yang lebih penting daripada yang penting,
kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting dari yang penting."

20 comments:

  1. Itulah, kadang2 fikir, mungkin Allah nak kita dan bumi ini berehat seketika

    ReplyDelete
  2. Elok tidur awal. Tidur malam lagi bagus.

    ReplyDelete
  3. bila ada idea, masa pula tiada.

    ReplyDelete
  4. utamakan yg penting n keperluan

    ReplyDelete
  5. Ada ja halangannya ya..tak apa,dahulukan yg mana utama dulu

    ReplyDelete
  6. Dalam hal ini masalah kita sama,semut senyum

    ReplyDelete
  7. takde masa nak update pon boleh jadi cerita untok di update... genius!

    ReplyDelete
  8. Masalah kita sama hehe. Kadang bila ada masa, idea pulak tak ada.

    ReplyDelete
  9. Dapat satu, terlepas yang lagi satu. Sekurang-kurangnya dapat heheheee...

    ReplyDelete
  10. alamak kenapa rasa macam relatable je eh lol

    ReplyDelete
  11. hahahaha i can definitely relate!

    ReplyDelete
  12. Bunda pun sama, walaupun Bunda tak bekerja, tapi waktu nak mengadap laptop tu rasa macam berat sangat.
    Sebab tu Bunda baru dapat update selepas sebulan syawal, dan lepas beberapa hari kisah harijadi Bunda..

    ReplyDelete
  13. Hai semut senyum🐜😁😁
    Cikbunga datang sini ✌️✌️

    ReplyDelete
  14. Apa yang kita lalui ni in a way beri kita peluang untuk susun semula hidup sebenarnya kan :)
    Datang balas kunjungan dan follow. Selamat berkenalan!

    ReplyDelete
  15. kalau dirancang memang tak menjadi. Dia kena santai2 je mesti ada masa nak update.

    ReplyDelete
  16. xpe slow2 buat..shida pn dulu mcm tu kekangan masa..
    PKP ni baru shida byk masa terluang utk update dan blogwalking.
    harap nk teruskan walau dah keje nnt doakan shida ye ;)

    ReplyDelete
  17. sep sikit perangai kita ni.. hahahahhaa

    ReplyDelete
  18. takpe kerja hakiki di utamakan... kira lewat tu kul 11 tido kalau akak kul 10 dah tido sebab esok paginya kul 5 lebih dah kene bangun...

    ReplyDelete
  19. semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete

Klik Sekali