Skip to main content

Rendang Raya Ayam Kampung PKPB

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Hye semua.... jawab dulu salam SS tu.. hihi... Tiap-tiap hari rindu nak update blog. Tapi apakan daya SS sibuk sikit kat rumah. Hari ni, 11 Syawal baru boleh update. Alahaaiii, mengalah raya sebulan! heheheh.. idok lerr... Ingatkan Raya PKP ni santai-santai je kat rumah. Rupanya sibuk juga. Suasana raya tetap kena ada walaupun berkurung. 

Kami masak untuk 20 orang makan. Cun-cun kuota PKP kan? Hehehe, tapi SS tak buat rumah terbuka pun. Musim PKPB ni tak berani nak buat rumah terbuka. Biarlah raya kali ni norma baharu. Cuma, biasalah masak banyak. Jadi, kuota kami untuk Raya PKPB ni cuma ahli keluarga sebumbung dan jiran sebelah rumah sahaja. Keluarga sebumbung ni memang ramai, kira sekali laa jiran sebelah rumah dewasa 8 orang, remaja 1 orang, kanak-kanak 5 orang. Jadi kesemuanya 14 orang. Rendang memang buat banyak sampai 3 hari boleh makan lagi. Hehehe.. Makan dengan nasi impit dan lemang.

Malam raya dah mula aktiviti menyediakan bahan-bahan langsung masak satu lauk utama. Kali ni suami buat permintaan nak makan rendang ayam kampung. Mak aiii, seumur hidup SS tak pernah masak rendang ayam kampung. Rendang ayam tu, biasa la. Lain macam sikit permintaan kali ni. Tapi bagus juga permintaan suami tu. Alang-alang PKP kat rumah mak mertua ni, boleh laa SS belajar. Makanya, malam raya kami pun berkintang-kintung di dapur menyediakan juadah utama raya. Dah seminggu dia buat pemintaan tu, makanya bahan-bahan memang dah usha awal-awal lagi dah. Kerisik je beli kali ni, tak buat sendiri sebab susah dapat kelapa. 


Rendang Raya Ayam Kampung PKPB in the house!

Bahan-bahannya adalah :
  1. Bawang merah 11 ulas
  2. Bawang putih 9 ulas
  3. Halia 2 inci x 2 biji
  4. Kunyit hidup 4 biji
  5. Lengkuas 2 inci
  6. Cili padi 1 genggam
  7. Cili kering 2 genggam
  8. Serai 7 batang
  9. Jintan manis 
  10. Jintan putih
  11. Biji ketumbar
  12. Asam keping segenggam
  13. Kelapa 2 biji untuk santan
  14. Ayam kampung 4 ekor
  15. Kerisik 500gram
  16. Gula
  17. Garam kasar
  18. Maggie Secukup rasa
  19. Daun kunyit 3 helai
  20. Daun limau purut segengam
  21. Minyak
  22. Air
Penyediaan bahan :
  1. Bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit, lengkuas, halia dikisar.
  2. Cili kering direndam kemudian dikisar.
  3. Serai diketuk.
  4. Daun kunyit & daun limau purut dihiris halus.
  5. Kelapa diparut dan diperah untuk dapatkan santan.
  6. Ayam kampung dibersihkan 2,3 kali sehingga hilang bau dan direbus dalam periuk Primada (Pressure Cooker). ~supaya lebih cepat empuk.

Cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar 
  3. Masukkan serai, jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Perlu sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
  5. Masukkan santan dan gaul.
  6. Masukkan kerisik sikit demi sedikit sambil kacau ayam.
  7. Masukkan air, asam keping dan gaul.
  8. Perasakan.
  9. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  10. Kalau nak rendang kering, kacau sampai kering.

Upload gambar -gambar sebagai bahan rujukan kemudian hari. Hehehe...
















Dikesempatan ini, SS nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger. Maafkan salah silap SS sekiranya ada penulisan SS yang mengguris hati. Serangkap pantun SS hadiahkan untuk hangpa :

Baju kebaya selendang disisi,
Jari manis berhias cincin;
Diucapkan Salam Aidilfitri,
Ku mohon maaf zahir & batin.



 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Walau apa pun keadaan kita berhari raya, hendak lah kita bersyukur atas kurniaan ini.
Ini lah Aidilfitri yang penuh hikmah."

Comments

  1. Sedapnya rendang ayam kampung.
    Sebenarnya kalau saya makan tak tahu beza ayam biasa dengan ayam kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam kampung ni lebih liat sikit isinya. Manis pun kurang, lemak pun kurang. Jadi masa mentah tu, bau dia memang agak kurang menyenangkan berbanding ayam biasa. Pastu, nak kasi empuk dia tu boleh tahan mencabar. Dulu, rebus dalam periuk memang lama. Skrg dah ada pressure cooker, lebih mudah dan cepat empuk.

      Delete
  2. Terima kasih infonya.....memang sedap ini rendang ayam kampung. salam dari www.oohsenyum.com ....senyum2 selalu....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cara masak memang sedap sampai 3 hari boleh senyum non-stop heheheh

      Delete
  3. Menyelerakan.TQ berkongsi resepi.Ayam kampung memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu! Sharing n sebagai rujukan kemudian hari.

      Delete
  4. Alhamdulillah muncul dah rakan blog kita ni. Hehe. Waalaikumussalam ss. Seronoknya masak makan ramai2. Eh macam comel je blender biru tu. Shimono eh hehe 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Silah Hassy... Haa itulah, sebuk lain macam kali ni. hehehhe . Eh, aah.. Shimono, hasil terpengaruh dengan Go Shop. hehehhe...

      Delete
  5. SALAM IDILFITRI SS N FAMILI SEDAPNYA RENDANG AYAM KAMPUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran kak paridah... Maaf zahir dan batin...

      Delete
  6. Wah yang ni lain sikit dari versi rendang mak Hana...
    .
    Terima kasih bagi resipi. Kalau rajin boleh refer sini balik! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang memang banyak version. Kali ni version mak mertua SS... boleh je, SS pun buat sebagai rujukan jugak ni.

      Delete
  7. Replies
    1. Yang penting ayam kena rebus kasi empuk, kalau tak, boleh patah gigi..hehehe

      Delete
  8. salam aidilfitri ye cik semut ye.. maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilfitri Wak Lat... Maaf zahir batin jugaakk..

      Delete
  9. Waalaikumussalam..selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin..

    sedap rendang makan dengan lemang & nasi impit, rendang 3-4 hari boleh tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,3-4 hari boleh tahan, kena sentiasa perhangatkan. lebih dari tu dah tak sedap bila terlalu kering.

      Delete
  10. sedapnya tengok. nanti izzati nak try jugakla!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa try lah zaty. Pelan-pelan... senang je rupanya.

      Delete
  11. Sedapnya rendang ayam kampung! Kalau ada ayam kampung, memang teringin nak buat rendang juga... heheheehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak amie. Ayam kampung pun susah nak dapat sekarang ni...

      Delete
  12. Wkmsalam
    Salam syawal 1441H
    Ayam kampung memang sedap direndang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sedap direndang sama ada kering atau basah.

      Delete
  13. Selamat hari raya awak ^_^ fmily saya selalu time raya selalunya buat rendang daging. Tu yang saya tak sentuh sangat kot hehe.

    Norma baru, betul tu. Baru sangat sbb first time family saya masak masakan raya. Selalunya kami tolong nenek je sbb nenek duduk satu taman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya Norma baru ni, memang memberi hikmah utk semua orang. Banyak yang dah belajar time PKP kan.

      Delete
  14. Rendang ayam kampung ni memang favourite ramai kan.raya hari tu mak saya buat rendang ayam kampung. Tapi saya tak makan sebab sejenis tak pandai makan ayam liat. Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah.. betul. Saya pun lepas dah kawin ni baru laa pandai makan ayam kampung. Banyak juga laa belajar lepas dah kawen heheheh...

      Delete
  15. Ayam Kampung memang sedap buat rendang kan..cuma nak dapat tu susah..done follow. #526 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, susah juga nak dapat. kt area kg2 je ada. kalau supermarket pun selalu habis. Terima kasih follow kiter... =D

      Delete
  16. nampak sedap rendangnya tu!

    belum terlambat lagi kan nak ucap, selamat hari raya maaf zahir batin buat SS sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang mana2 pun memang sedap kan... Terima kasih..=D

      Delete
  17. semua bahan penting ada ni confirm lah sedap hasil rendangnya. tapi kalau fza masak tak boleh masukkan daun limau purut tu sebab husband tak suka. huhu
    Selamat hari raya SS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak ada limau purut pun tak apa, still tak menjejaskan rendang tu... =D

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.