Skip to main content

Hebatnya Ahli Sufi

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Satu lagi bahan bacaan musim PKP ini. Kita sedia maklum bahawa ahli sufi ini adalah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar iman dan taqwa.

Perjalanan hidup mereka mengikut cara hidup Rasullullah s.a.w. Mengamalkan cara hidup yang sederhana dan tidak terpengaruh dengan kemewahan dan keseronokkan dunia. Hidup mereka adalah untuk akhirat. Pendek kata, hidup mereka mengutamakan Allah S.W.T berbanding yang lain sehingga Allah mengutamakan mereka dengan yang lain. Diberikan kelebihan-kelebihan mereka, sesuai dengan amalan para sufi ini.

Mereka adalah golongan yang berani kerana tidak takut mati. 
Mereka adalah golongan yang pemurah kerana tiada langsung sifat kedekut. 
Mereka adalah golongan yang pemaaf kerana tidak pernah rasa terluka oleh kesalahan insan.
Mereka adalah golongan yang tiada hasad kerana akal dan hati hanya kepada Yang Maha Haq.

Bibir mereka sentiasa dibasahi zikrullah. Hati mereka sentiasa bergantung sepenuhnya kepada Allah walaupun untuk urusan yang kecil apatah lagi urusan yang besar. Ada diantara mereka digelar ahli zuhud. Allahuakhbar, hebatnya mereka.

Sebelum ini, SS pernah mengikuti ceramah dan bengkel mengenali ahli sufi. Sejujurnya, ada banyak perkara yang tak tercapai akal SS untuk memahami ahli sufi. Hebatnya golongan ini, sehingga SS rasa kita ni, sekerdil-kerdil hamba. Tidak tergambar bagaimana kehidupan mereka dengan amalan-amalan yang membuatkan SS tidak mampu berkata-kata. Speechless. Masyaa-Allah. Sebab itu, Allah memberi kelebihan kepada ahli sufi ini. Walaupun punya kelebihan, golongan ini tetap merendah diri. Mereka sentiasa sedar manusia sebagai hamba Allah yang akan pulang bersama jasad berbalut tanah.

Buku ini menghimpukan kisah-kisah kelebihan ahli sufi. SS suka buku-buku yang menceritakan kisah-kisah begini. Namun, ada beberapa kisah yang tidak dapat SS dicapai akal SS. Walau 4-5 kali ulang baca kisah yang sama, masih tidak tercapai akal. Buku ini pun turut memaklumkan bahawa ada kisah yang sukar dicerna akal. Malah ada kisah yang langsung tidak masuk akal. Waallahu'alam.


Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Wujudnya golongan sufi ini menginspirasikan diri untuk
menjadikan diri lebih baik berbanding hari semalam."

Comments

  1. benar sekali ayat seribu dinar, sesiapa yg bertaqwa kpd Allah, akan diberi kelapangan dan rezeki yg tidak disangka-sangka..Allahu wani'mal wakil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... Terima kasih atas peringatan ini... Janji Allah itu, pasti.

      Delete
  2. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. Memang luar biasa peristiwa dan keadaan yang berlaku. Suka juga baca terutama Ibrahim Adham.

    ReplyDelete
  4. tak pernah baca buku segini...:)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa try2 baca sebagai santai2 yang memberi manfaat=)

      Delete
  5. ALHAMDULILLAH AHLI SUFI KEKASIH ALLAH

    ReplyDelete
  6. bestnya. nanti aklau ada rezeki, nak carilah buku ni

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.