KLIK KLIK

01/04/2020

Hipokrit : Tak Perlu Sempurna

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Bahan yang santai untuk muhasabah diri. Nak berubah tak perlu tunggu nak sempurna semuanya. Just, change your mindset.


Antara intipati yang menari lebih kurang begini :
Be yourself.

Be yourself yang sering disebut-sebut kononnya bersikap jujur dan tidak hipokrit terhadap manusia lain. Ya, kita boleh jadi diri sendiri tetapi fikirkan kesan positif dan negatif kepada diri sendiri dan sekeliling.

Nak jadi diri sendiri,
Tapi jangan lupa diri itu Allah yang cipta.
Nak jadi diri sendiri,
Jangan lupa nafas kita pun pembelian dari Allah.
Nak jadi diri sendiri,
Jangan lupa bumi yang dipijak milik Allah.
Nak jadi diri sendiri,
Jadilah!
Tapi, jadilah diri sendiri yang diredhai Allah

Hidup di dunia ada amanah yang akan disoalkan kelak.
Kerana itu adalah hikmah untuk melakukan kebaikan di bumi Tuhan.

Orang hipokrit adalah mereka yang tidak cuba melakukan kebaikan sebagai ganti dosa yang pernah dilakukan. Sifat ini adalah hipokrit  kerana sudah menerima nikmat-nikmat daripada Allah tetapi masih berperangai buruk dan tidak bersyukur.

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.

"Back to basic. Islam itu mudah."

5 comments:

Klik Sekali