KLIK KLIK

14.6.19

Privacy; Suami & Isteri

Bismillahirahmanirrahim 
 Assalamualaikum w.b.t......


Sorotan daripada kisah Suami & Isteri -Dunia Masing-masing 
dalam entri sebelum ni. Atau dalam bahasa mudah, suami punya agendanya, dan isteri juga ada agendanya. Masing-masing ada agenda masing-masing. Ada minat masing-masing. Ada gaya hidup masing-masing. Ada budaya masing-masing. Ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Yang membuatkan dua kehidupan ini bersatu adalah mungkin kerana ada satu minat yang sama, atau saling toleransi, atau persediaan untuk mengembara dalam dunia pasangan masing-masing. Paling penting menerima dan menghargai antara satu sama lain.

Sumber : Google

Suami tak boleh paksa isteri ikut cara si suami.
Isteri tak boleh paksa suami ikot cara si isteri.
Ini yang selalu menjadi konflik dalam rumahtangga. 
Ego kerana tidak mahu belajar dan memahami dunia pasangan masing-masing. 

Betul, isteri itu perlu taat pada suami
Betul, suami itu perlu membimbing isteri
Rumahtangga akan lebih bermakna jika saling 
menghargai, memahami dan bahagia.
Bukan mudah mengecapi semua itu, 
kalau tanpa kesungguhan dan keikhlasan.
Satu lagi, hidup berumahtangga perlu kreatif.

Bukankah sebuah perkahwinan itu ada cabarannya?
Begitu juga dengan kehidupan.
Kita yang perlu kreatif dalam menyelesaikan 
dan menyesuaikan dengan keadaan.
Yang pasti matlamat kita sama, untuk sama mencipta sebuah keluarga yang harmoni.

Jadi, ketepikan ego.
Bertolak ansurlah.
Paling penting, mencintai kelemahan pasangan dan mensyukuri kehadirannya di sisi kita.
Pasangan kita adalah kawan baik kita, penyatuan hati kita.
Subhanallah, indahnya sebuah perkahwinan.


"Kahwin itu memang indah. 
Tapi lebih indah jika dapat mengatasi segala cabaran yang datang. 
Hasilnya perkahwinan semakin akrab dan lebih bahagia".

5 comments:

ray said...

tq

Semut Senyum said...

sama-sama

adianiez AIDA said...

faham.
timbang rasa.
tolak ansur.

tu 3 perkara yg penting dlm hubungan suami isteri.
kasih sayang cintan cintun tu penting lah kan. if not, takkan la kawin :)
above that, 3 perkara tu wajib ada.

Semut Senyum said...

Terima kasih aida sudi singgah dan share tips ringkas n padat. =D

Fiza Aizzawa said...

Senyum saya membacanya. Mesti ada tolak ansur dan saling tolong menolong,in syaa allah bahagia..

Klik Sekali