KLIK KLIK

3.7.18

SIHIR SANA SINI #2

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t......

Gambar Google

KELUARGA MAIMUN 4 DARA

Ok, alkisahnya pasal keluarga Maimun ni. Dalam rumah Maimun ada 4 anak dara dan seorang janda anak 1 yang dijaga oleh abang nya Halim dan ayahnya Khaled. Jadi berapakah perempuan yang tinggal di rumah keluarga Maimun?? heheheh. ok bukan teka-teki, tapi nak story.

Keluarga Maimun kerap diganggu makhluk ghaib. Gangguan bunyi-bunyian tu biasalah kan. Tapi  kali ini berlaku sesuatu yang luar biasa. Suatu hari, adik Maimun bernama Rogayah nak pergi kerja. Kebiasaannya dia akan sangkut kunci di penyangkutnya. Bermula cerita hari tu, kunci tu tak ada ditempatnya. Puas mereka satu keluarga cari kunci kereta tak jumpa-jumpa. Kemudian Pak Khaled bagi kunci keretanya untuk Rogayah guna. Itu penyelesaian untuk jangkamasa yang pendek. Kunci kereta Rogayah tetap perlu dicari sehingga jumpa.

Masuk hari kedua, selesai solat Suboh, anak Rogayah yang bernama Aina (13 tahun) ternampak satu susuk lembaga hitam berbulu di hujung katil. Aina nampak dari ekor matanya. Bila Aina mengangkat  muka ke arah lembaga itu, tidak ada apa-apa pun. Masuk part Aina nak bersiap ke sekolah. Tiba-tiba uniformnya tidak ada tergantung seperti selalu. Sedangkan uniform satu lagi masih terendam dalam mesin basuh. Terpaksalah Aina dan Rogayah berhempas pulas keringkan sepasang baju sekolah Aina. Nasib baik kat rumah Maimun ada mesin pengering. Tapi, puas juga mereka mencari satu rumah, baju sekolah Aina memang tidak dijumpai.

Malam itu juga, abang Maimun iaitu Johari terdengar bunyi bising atas bumbung rumah. Bunyi sesuatu yang besar dan bergolek-golek. Johari menjerit dari bilik air "Bila masa pulak pokok luar rumah ni berbuah?? kuat pulak bunyi buah bergolek-golek". Tapi seisi rumah hanya berdiam. 

Pak Khaled dan anak-anaknya merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan rumah mereka. Mereka ambil keputusan untuk mendapatkan rawatan dari ustaz-ustaz terdekat. Maka pergi lah mereka anak-beranak  ke rumah Ustaz Shahril. Kata ustaz, barang yang hilang itu tidak ke mana. Ada saja di rumah tu. Balik, dan carilah. Maka, sampai je mereka di rumah, selesai solat hajat, mereka terus membuat operasi mencari kunci kereta Rogayah dan baju sekolah Aina. Akhirnya, barang itu ditemui. Kunci dijumpai di bawah carpet dan baju sekolah Aina seperti dicampakkan atas tangga. 

Aina, kerap kali pengsan. Rogayah, walaupun seorang jururawat, telah merawat sehabis baik anaknya, namun Aina tetap kerap pengsan. Keadaan Aina nampak lemah dan sering tak bermaya.


Google

Maimun - Sehingga ke hari ini masih tidak ada teman istimewa. Walau dah mandi bunga 444kali tetap juga jodohnya belum tiba.
Rogayah - dipisahkan dari suaminya melalui sihir. Keluarga suaminya tidak suka pada Rogayah, akhirnya Rogayah akur dalam terpaksa. 
Latifa - adik ketiga Maimun pernah bertunang dan bila sampai ke hari pernikahan, mereka tak jadi bersatu tanpa sebab. 
Kalsum - Beberapa kali putus cinta dan tidak lagi mahu dikecewa.
Siti- Si bongsu, tidak langsung membicarakan tentang cinta dan perkahwinan. Dia berasa selamat di sisi keluarganya sekarang.
Aina - Satu-satunya anak saudara yang disayangki keluarga Maimun. Kerap pengsan.

Keluarga Maimun adalah keluarga yang sederhana dan sentiasa taat pada perintah Allah. Mereka tak pernah keluar sendirian. Ke mana mereka pergi akan ditemani adik beradik yang lain atau Pak Khaled sendiri yang akan teman. 

Kadang-kadang di rumah mereka, tiba-tiba ada bau kemenyan, ada bau yang tersangat busuk... dan keluarga Maimun tetap tak putus asa berdoa, solat hajat, dan mendapatkan rawatan dari mana-mana pengamal perubatan Islam. 

Mana-mana pusat rawatan yang mereka pergi, jawapan yang mereka dapat lebih kurang sama. Ada orang yang ingin menganiaya keluarga Maimun 4 dara. Banyak kemungkinan yang akan berlaku. Mungkin cinta ditolak, atau dengki dengan kebahagiaan keluarga mereka. Atau pun mungkin kerana dendam kisah lama...atau mungkin tapak rumah mereka ada yang tidak kena... Siapa tahu?

Sampai ke hari ini, keluarga Maimun masih diganggu. 


**Nama-nama diatas bukan nama sebenar.

Cerita sebelum : Sihir Sana Sini #1

"Kalau tak puas hati, bawalah berbincang. 
Carilah Tuhan. Hati perlu disucikan. 
Tergamaknya merosakkan kebahagiaan orang. 
Tidak takutkan pada Tuhan? "






Post a Comment

Klik Sekali