KLIK KLIK

5.9.16

MENSYUKURI ANUGERAH TUBUH YANG TERINDAH


“Sesungguhnya telah Kami kurniakan kepadamu kenikmatan yang melimpah ruah.” Al-Kautsar : Ayat 1
Sejak mula melangkah ke alam persekolahan, kita didedahkan dengan ilmu asas ini. Pengenalan tubuh badan manusia dan fungsinya. Bila semakin dewasa, mungkin kita semakin lupa yang asas ini. Allah tidak menjadikannya dengan sia-sia.



Subhanaallah…. Tak perlu tengok yang jauh di mata. Lihatlah kepada diri sendiri.
Rambut, dahi, kening, mata, hidung, mulut, lidah, tangan, badan, kaki…. Syukur semua masih sihat. Aku masih mampu berdikari. Urusanku bertambah mudah dengan adanya anggota badan yang terindah ini. Kerana anugerah ini, aku masih mampu menatap wajah-wajah yang aku sayang. Masih mampu membelai tubuh yang aku kasih. Masih boleh berkongsi rasa. Andai hilang, pasti aku rasa sakit merindu. Aku bersyukur kerana semuanya masih sempurna. Punya kekuatan untuk aku berdikari dan berbakti kepada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling. Andai hanya jasad terpaku tanpa daya, pasti aku akan menyusahkan ramai orang untuk menguruskan hidup aku. Bersyukurlah sangat aku padaMu Ya, Allah. Ya Allah, Begitu besar nikmatMu yang sering aku lupakan, aku abaikan… Syukur kerana kesedaran ini membuatkan aku jaga. Aku masih sempurna merasai segala nikmat.
“Apakah manusia menyangka, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya?. (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna” Al-Qiyamah : Ayat 3-4
Post a Comment

Klik Sekali