KLIK KLIK

29.6.16

TERAWIH SEORANG AKU

....ASSALAMUALAIKUM.

Biasalah bulan Ramadhan, rindu dengan tarawih... dengan laungan kalimah-kalimah indah dari bilal dan jemaah.... bergema satu masjid... seronok rasa... memang dari kecil lagi dah family dah dedahkan aku dengan solat tarawih.. bezanya dulu, pergi masjid dengan keluarga, sampai kat masjid solat satu saff dengan kawan-kawan... bila dah besar sikit, aku pergi dengan mak abah dan arwah Tok, sampai selesai solat laa, aku akan satu saff dengan mereka... pastu dah kahwin ni, pergi dengan suami laa pulak kan. .. pergi lah dengan siapa pun, tapi paling shahdu, dan paling rindu adalah pada kalimah yang dilaungkan dalam masjid tu, sepanjang tarawih berlangsung.

COPY DARI BLOG AL-AZKAR


Terawih 8 rakaat ke.... 20 rakaat ke buatlah ikut kemampuan kita. Ukurlah dari segi kesihatan, masa, dan apa saja. Tak kira laa di rumah, atau di surau atau di masjid. Mana yang selesa untuk kita.
Tapi bagi aku, aku suka berjemaah di masjid. Seronok bila dapat solat ramai-ramai. Ada masa dapat juga kawan baru.. berkenal-kenalan sesama Islam.

Sumber : Google

Masjid Sultah Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang adalah salah satu masjid kegemaran aku. Mungkin sebab baru, jadi sangat selesa.

SUMBER : GOOGLE
Ini pun masjid kegemaran aku juga. Masjid Tepian Putra berada di tengah-tengah bandar Kuantan berhampiran dengan East Coast Mall. Masjid ni kecil je, tapi sangat aktif dengan pelbagai program dan kelihatan sangat 'hidup'. Pernah sekali aku pergi tarawih kat sini, punya laa full-house sampai aku kene solat di luar ruang bilik solat yang hampir dengan tempat wuduk. 

Alkisahnya, aku waktu sekolah rendah sampai sekolah menengah, memang selalu habiskan rakaat tarawih. Bukan tujuan aku nak menunjuk di sini, cuma nak menggamit memori lama. Waktu aku kecik-kecik dulu, tenaga power... ye lah, budak-budak kan. Dia punya excited lain macam. Pastu kena pulak yang imamnya, memang ustaz muda, suara sedap... hahahah amboi! Makin excited laa... tu baru sekolah rendah. Tapi at least dah besar ni bila mengenang balik rasa bersyukur sebab aku mampu bertahan sampai akhir waktu. Masa kecik, kita tak kenal masalah pun, tahu nak enjoy je dalam apa perkara yang kita buat. Waktu solat, kita solat, waktu main, kita main. Tak ada rasa penat pun. Masa tu aku rasa solat sangat mudah. Banyak peluang masa sekolah, kita belajar fardu ain, belajar mengaji al-Quran. Kita ada kawan-kawan yang sama-sama semangat nak buat semua tu. 



Tapi, bila aku dah makin berganjak usia... bila aku dah kerja, dah kahwin, komitmen itu ini... aku dah tak punya banyak masa untuk buat semua tu. Tambahan pula, dengan berat badan bertambah-tambah. Nak solat bangun duduk, bangun duduk pun terasa mengah. Tapi nak buat macam mana kan, bukan alasan untuk tak solat. Tetap kena buat. Solat tu kan senaman paling bagus. Cuma, bab berat badan tu, tanggunglah sendiri kan. Siapa suruh makan banyak! Mula laa cepat penat. Atau pun, makin berganjak usia, makin banyak dosa... Istigfar dalam hati.

Jadi sekarang ni, aku buat terawih 8 rakaat je. Sebab aku cukup terasa yang masa kita di dunia ni makin singkat sekarang. Rasa macam baru je bersahur, tup tup tup dah nak berbuka.... Makanya kerja-kerja yang dekat rumah tu pun, macam tak pernah nak habis-habis. Pelik kan... padahal 24jam yang Allah kasi tu, sama je 140tahun dulu dengan sekarang, tetap 24jam jugak. Itulah tanda kuasa Allah yang mengawal alam. Siapa kita untuk mempertikaikannya. Cuma kadang-kadang, aku rindu juga laa nak habiskan rakaat terawih sampailah berimamkan solat witir 1 rakaat itu. Tapi sayu hati bila rasa dah tak boleh nak teruskan. Bertambah sayu hati bila suatu hari, aku di saff yang belakang, aku nampak ramai orang yang turut keluar dari saff bila selesai 8rakaat tarawih. Hati aku tersentuh sebab merasakan makin ramai yang meninggalkan saff dan masjid. Termasuklah aku. Perasaan je tu. Tak salah pun buat 8rakaat. Itu cuma solat sunat saja. Lebih baik buat dari tak buat kan... Syukurlah dengan kesempatan yang Allah bagi kat kita tu kan. 


"Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara"

Post a Comment

Klik Sekali