KLIK KLIK

6.6.16

FATWA SEMASA BERKAITAN PERKARA-PERKARA TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.

Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa.




KEPUTUSANNYA (QARAR) SEPERTI BERIKUT :






1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.



2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.




3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).







4- Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/rahim atau alat kedalamnya.(Contoh:alat pencegah kehamilan - IUCD)




5- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray atau lainnya.







6- Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.




7- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut dan tidak menelan apa yang sampai ke halkum.





8- Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti: glukos yang mengenyangkan).




9- Oksigen dan Gas Bius.




10- Bius menggunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.




11- Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.




12- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.




13- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.




14- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain untuk ujian makmal.




15- Teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya.




16- Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.




17- Muntah secara tidak sengaja.




Jika tidak memberi mudarat, para doktor muslim hendaklah menasihati pesakit untuk menangguhkan dulu rawatan yang meragui sehingga selesai puasa.


Tambahan dari Keputusan “Seminar Fiqh Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418/14-17 Jun 1997. Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:


1- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.




2- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.




3- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut.







" Islam itu kan mudah dan indah. SELAMAT BERPUASA."

Post a Comment

Klik Sekali