KLIK KLIK

28.3.16

Hilang Rakan Blogger

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan 1.48pagi ketika ini.... jeng jeng jeng. Mukadimah macam cerita seram je.. bukan, bukan.. saja nak menaip.. sebab mata masih segar... menemani Laki aku yang duk layan movie kat rumah ni haa...

Sesambil tu, aku sendiri tak tau nak story apa dalam entri ni... puas fikir juga, macam tak ada cerita menarik, kemudian aku mulakan misi menjejak rakan2 blogger lama yang dah lama betul aku tak menyapa... akibat daripada diri yang sudah tidak aktif berblog lagi. Maka tinggallah blog aku yang terus sepiiiii.. githeewww... hehehe

Ramai juga rupanya aku tengok last entry dorang, 2-3 tahun lepas. Bermakna, mereka juga sudah tidak aktif... sayangnya sebab tidak punya contact number atau keep in touch di facebook. Tapi aku pasti pilihan yang terbaik untuk mereka. Dunia hari ini kian singkat terasa. Masa 24jam dah tak cukup. Berkejaran segalanya.. Tapi aku juga pasti mereka turut merindui each other. Tak pe, saling mendoakan. 

Tapi masih ramai juga yang berjaya menjadi blogger hebat hasil tumpuan dan kerja keras mereka dalam dunia blogger. Membuatkan aku tersenyum. Pilihan di tangan kita kan, apa yang kita nak jadi dalam hidup ni...

Hilang rakan blogger. 
Moga mereka berjaya.
Moga mereka bahagia.
Doa untuk mereka.


Post a Comment

Klik Sekali