KLIK KLIK

3.9.15

POLIGAMI

Assalamualaikum .... jawab dulu salam aku tu...

Ok... aku mengumpul segala kekuatan zahir dan batin untuk menaip entri pasal POLIGAMI ni.... Tajuk besar yang memang akan dibantah oleh ramai perempuan dan topik yang membuat lelaki senyum sampai esok pagi...

Minggu lepas, aku pergi kursus POLIGAMI ni.... anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP. Dah lama aku tergerak hati untuk membuka minda aku dan lapangkan dada aku untuk menuntut ilmu ni... aku pun tak tahu apa yang menarik minat aku, bila difikir-fikirkan balik ini sebagai salah satu persediaan masa depan (kita tak tahu apa akan jadi hari esok kan. apapun mintak jauh laa kan...) dan ini pun salah satu tuntutan agama untuk menuntut ilmu. 



Perempuan mana suka berkongsi...
Lelaki mana tak teringin lebih satu isteri...
Itu lumrah hati.


Penceramah pertama bukan calang-calang orang iaitu Tuan Guru Shaikh Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek Al-Khalidi. (klik kat nama Tuan Guru tu untuk biografi).


Banyak cerita dan petua yang Tuan Guru sampaikan, syukur alhamdulillah... In sya Allah mana yang aku boleh kongsi, aku kongsi kan bersama. 





Abaikan tulisan comot tu... majlis ilmu macam ni suka syaitan tergantung kat bulu mata. Mengantok je...... at least conteng-conteng dalam kemengantukkan ini lebih baik daripada masuk dewan terhangguk-hangguk, tersengguk-sengguk... kan..

Aku ingat lagi kata-kata Tuan Guru, POLIGAMI ni dibenci oleh kaum perempuan. Semua orang tahu kenapa perempuan tak suka poligami. Cuma katanya jangan laa melampau sangat membenci poligami kerana hal itu datangnya dari Allah yang membenarkan poligami. Kalau kita membenci poligami, sama macam kita membenci perintah Allah. Astagfirullah al-azhim... Mari istigfar banyak-banyak. Moga Allah ampunkan kita semua. Poligami ini sama pentingnya dengan hukum hudud. Dua-dua adalah daripada Allah. Dan kita tidak sepatutnya membenci. Poligami itu adalah rezeki dari Allah. Dan sebenarnya bukan senang untuk berpoligami. Insan yang terpilih je mampu berpoligami... kerana hanya hamba Allah yang mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi layak untuk berpoligami. Poligami adalah tanggungjawab. Poligami itu BUKAN MASALAH tapi masalah poligami itu berpunca daripada MANUSIA itu sendiri. Allahu robbi...


Kepada suami yang ingin berpoligami dan kepada isteri yang bakal/telah dipoligamikan, aku tak mau taip panjang-panjang sangat. Boleh je baca kat nota pendek aku ni. Rumusan dari aku, Suami/Isteri sama-sama perlu tingkatkan keimanan dan ketaqwaan diri kepada Maha Pencipta. Dekatkan diri denganNYA, bermunajat kepada Allah. Insyaallah akan terungkai hikmahnya. Tapi kalau si suami saja mengada-ngada nak poligami, tanpa melaksanakan tanggungjawab kepada isteri yang sedia ada, risau akan menambah lebih banyak dosa daripada mengumpul pahala berlipat ganda. Tuan Guru pesan untuk memahami doa Qunut kerana itu doa itu terkandung 1000 hikmah.

Ikhlas itu adalah rahsia Allah.

Tuan Guru juga minta kita semua banyakkan selawat kerana selawat dipimpin oleh Allah dan Malaikat... selawat yang terbaik adalah selawat yang paling lengkap. 

Contoh : Allah humma solli wassalim wa barik alaih Wa ala alaih.



Pembahagian nafkah dari segi material, suami harus mengikut keadaan isteri (sebelum dikahwini), 

Contohnya 1:
Isteri pertama yang bekerjaya & high maintainane dengan isteri kedua yang surirumah dan sederhana.
Suami perlu melebihkan nafkah isteri yang pertama berbanding yang kedua. 

Contoh 2 :
Isteri pertama anak 2 orang. Isteri ke-2 anak 10 orang.
Suami perlu melebihkan nafkah isteri kedua berbanding isteri pertama.


Manakala dari segi giliran pula adalah mengikut waktu malam (tenggelamnya matahari hingga ke subuh) dan isteri boleh menuntut setelah waktu kerja suami. Contohnya suami habis kerja jam 9.00malam, makanya waktu giliran suami bermula selepas suami selesai pekerjaannya pada hari tersebut.


Sekian untuk malam ini sebab aku dah ngantok amat! hehehe





"Jangan mimpi buruk malam ni udah la yee..... seram jugak ni"




Post a Comment

Klik Sekali