KLIK KLIK

4.9.15

Cerita Motor yang Hilang.


Ni motor kawan baik aku masa zaman sekolah menengah dulu. 
Paling famous motor ni, sekaligus menjadikan kawan baik aku tu pun famous juga. 
Jangan marah ye bro Kamal Muadzam! 


Bukan nak cerita kisah motor hondacup yang famous ni, tapi ada cerita pasal motor. Gambar diatas adalah hiasan semata-mata ye kawan-kawan. Mengabadikan kenangan terindah zaman sekolah kat sini.


Boleh rujuk cerita Poligami.


******Cerita menarik perhatian aku bila Tuan Guru menceritakan satu peristiwa iaitu seorang lelaki yang kehilangan motosikal 6 bulan lalu dan baru bertemu dengan Tuan Guru.

Setelah kehilangan motosikalnya, lelaki tersebut kerap mengunjungi pawang serata tempat dan telah kerugian beribu-ribu ringgit, tapi motornya masih tidak dijumpai.

Satu hari dia jumpa Tuan Guru dan cuba meminta bantuan. Tuan Guru cuma minta lelaki tu zikir "Laillahhaillallah" selama 3 hari 3 malam.

Lelaki itu memberi alasan yang takkan sempat nak buat selama 3hari 3 malam kerana tuntutan kerja.
Tuan Guru mencadangkan dia untuk melakukan pada hari cuti, Sabtu, Ahad dan mengambil cuti hari Isnin. Maka lelaki ini bersetuju dengan cadangan tersebut. (3hari 3malam tu bukan laa sampai tak boleh mandi, makan buang air semua... semua tu boleh buat tapi lepas dah buat tu, sambung laa zikir semula....).

Selesai lelaki itu menghabiskan zikir pada hari yang ke3 itu... Dia terdengar bunyi bising di luar rumah, di buka pintu rumahnya dan ternampak motornya depan mata. Subhanallah.... (aku lupa mcm mana kejadian motor tu boleh sampai depan rumah, ada orang hantar ke, ada orang tetiba lalu depan rumah dia ke....). 

Kuasa Allah siapa yang boleh sangkal, Kun Faya Kun...

Kata Tuan Guru, kalau kita amalkan insyaallah kita akan rasai sendiri perubahan besar dalam diri kita. Inn shaa Allah.






"Maka, bertasbihlah  dengan memuji Tuhanmu dan mintalah kepada-Nya,sesungguhnya Dia Yang Maha Penerima Taubat. An-Nashr. Ayat 3.
Post a Comment

Klik Sekali