KLIK KLIK

9.7.15

SURAU KECIL ITU...

Assalamualaikum.... ~~jawab salam tu wajib ye kawan-kawan.. =D

Daripada blog Travelog Hidayah

Aku nak cerita sikit ni. Semalam aku pi solat teraweh kat tempat baru. Surau di kampung aku. Selalunya aku taraweh di Masjid Besar... Tapi semalam mak mertua request pergi surau kampung je. Mak mertua tak larat nak jalan jauh. Aku tak kisah pun mana-mana janji dapat solat teraweh berjemaah. Dapat juga la aku kenal masyarakat kan.

Ok,itu mukadimah je, bukan nak cerita pasal aku pergi taraweh. Banyak perbezaan yang aku dapat waktu solat taraweh di Masjid Besar dengan di surau kecil ni.. Di Masjid Besar, siap jemput imam dari luar negara lagi. Slanga mereka tak sama mcm kita. Kepelbagaian itu membuatkan kita bersyukur dilahirkan dalam Islam. Keluarga Islam ada diseluruh dunia. Bahasa pengantar antara pihak masjid dengan imam luar negara tu adalah Bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab, bukan Bahasa Inggeris. Subhanallah... 

Dimasjid besar, pelbagai peringkat usia aku jumpa. Daripada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan warga emas. Ramai. Penuh satu masjid walaupun ada yang berjemaah sampai 8rakaat je, tapi masjid tetap penuh. Kalau siap 23rakaat taraweh termasuk witir, hampir pukul 11.00 juga laa selesainya. Warga emas majoritinya masih kuat. Masih boleh solat dengan sempurna. Alhamdulillah. Masjid Besar sangat selesa dengan keluasan, kebersihan dijaga, ada pengawal keselamatan malah ada kipas, ada air-cond.

Tapi di surau kecil tu, aku rasa sedikit sayu. Surau tu memang kecil. Kalau bahagian perempuan tu, aku rasa kalau dalam 30 orang tu dah macam dalam tin sardin dah padatnya. Panas... tapi di situ tak lokek dengan kipas. Aku agak sumbangan dari mana-mana pihak tu. Kipas kecil, kipas sederhana, bapak kipas pun ada! yang sekali tekan butang 1, dia punya pusing siap macam bunyi enjin tu. heheheh... tapi alhamdulillah. Banyak pahala orang yang bagi kipas tu kan.

Imam kat surau kecil tu orang kampung tu juga. Dewasa dalam lingkungan 50an. Menurut mak mertua aku, kalau imam tu tak ada, ada remaja dari Tahfiz terdekat yang akan mengimamkan solat. Kata mak mertua aku, imam kecil tu, baca surah panjang-panjang, orang-orang tua kat situ kadang tak berdaya. Kalau imam dewasa tu, laju juga laa, dalam 9.30/9.45 dah siap taraweh 8rakaat tu.

Di surau kecil ni, kanak-kanak tak sampai 10 pun, remaja langsung tak nampak. Yang ada belia mcm aku ni pun 2,3 orang je... selebihnya adalah warga emas. Warga emas tu pun nampak yang kurang upaya lagi dah. Yang solat duduk, yang bawak kerusi....ramai.

Itu yang aku nak cerita ni, melihatkan makcik-makcik tu, aku mula terfikir masa depan aku. Berdayakah aku diwaktu usia mereka nanti? Makcik-makcik tu sangat perlahan pergerakkan mereka, bila dapat duduk, terdengar keluhan kepenatan mereka tapi dibibir masih terukir senyuman. Subhanallah manisnya..... Melihatkan mereka membuatkan aku rasa semangat. Walaupun sudah tiada upaya mereka tetap semangat sehingga habis taraweh. Mereka seolah-olah memanfaatkan taraweh ini sebaik-baiknya, apatah lagi amalan2 lain yang kita tak nampak kan...

Aku yang masih sihat bertenaga ni, apalah sangat kalau nak challenge dengan mereka, kan. Tapi mereka membuatkan aku beringat diwaktu senang sebelum susah, diwaktu sihat sebelum sakit. Selagi ada kudrat ni lah kita nak strungle memohon keredhaan Allah dengan meningkatkan amalan yang sedia ada. Usia aku ni pun dah tak muda dah. Surau kecil itu mengajar aku erti hidup.

Sementara aku masih berdua dengan suami, masih ada ruang untuk aku sama-sama bertaraweh. Betullaa perancangan Allah tu, kalau aku ada anak sekarang, tak tau la macam mana. Kawan-kawan aku ramai yang tak dapat pergi taraweh tahun ni, sebab dah ada anak. Aku perlu bersyukur. Anak, siapa tak nak kan.. Usaha tu perlu, tapi Allah juga yang tentukan. Dia Maha Mengetahui. Doakan aku juga ye kawan-kawan.



 "Moga ada kesempatan untuk kita bertaubat dan terus beramal"

Post a Comment

Klik Sekali