KLIK KLIK

8.7.15

Keagungan Ramadhan

Assalamualaikum ~~jawab dulu salam tu. Wajib kan... Masih bersisa 8 malam sebelum Syawal. Tak ramai yang nak baca ilmiah kan, tapi tak pa, bulan baik ni manfaatkan masa kita ni, moga-moga sama-sama beroleh pahala berlipat ganda.. yea... Menabung untuk masa depan yang kekal abadi.

Ibn Khuzaimah meriwayatkan dalam sahihnya daripada Salman al-Farisi r.a berkata : Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami di hari terakhir bulan Syaaban, Sabda baginda s.a.w :
"Wahai manusia sesungguhnya telah tiba satu bulan yang agung lagi berkat menaungi kamu, bulan yang di dallamnya terdapat satu malam yang lebih daripada seribu bulan. "


Allah menjadikan puasa satu kefarduan dan qiyam di malamnya satu sunat. Siapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) didalamnya dengan  melakukan satu bentuk kebajikan  ia adalah menunaikan satu  fardu di dalam bulan lain. Siapa yang menunaikan satu fardu di dalamnya ia adalah seperti menunaikan 70 fardu di bulan lain. 


Gambar dari blog Mama3Farhanah.
Siapa yang membukakan puasa orang yang berpuasa maka ia adalah satu pengampunan  bagi dosa-dosanya dan  satu pembebasan diri dari neraka dan bagi orang itu pahala orang yang berbuka itu tanpa berkurang sedikitpun.

Para sahabat berkata : Wahai Rasulullah s.a.w bukan semua orang daripada kami yang mempunyai sesuatu yang dapat membukakan puasa orang. Sabda Rasulullah s.a.w : "Allah s.w.t memberikan pahala  orang membukakan puasa orang dengan sebiji tamar atau sehirup air atau saki baki dari susu. Ia adalah bulan yang di awalnya rahmat, di tengahnya pengampunan dan di akhirnya pembebasan  dari api neraka.



Google je ni
"Siapa yang meringankan beban hambanya di dalam bulan itu nescaya Allah mengampunkan dosanya dan membebaskannya dari neraka"




Perbanyakkanlah di dalam bulan itu empat perkara : dua perkara darinya membuatkan Tuhan kamu redha dengan kamu dan dua lagi ialah perkara yang kamu tidak dapat berlepas darinya. Ada pun dua perkara yang membuatkan Tuhan kamu redha dengan kamu ialah syahadah bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan kamu memohon ampun dari Nya.Adapun dua perkara yang tidak dapat kamu berlepas darinya ialah kamu memohon dariNya syurga dan kamu berlindung dengannya dari neraka. 



Ni salah satu iklan yang positif. 

Siapa yang memberi minum kepada orang berpuasa maka Allah akan memberikannya minum dari telagaku (telaga Nabi s.a.w  iaitu Kauthar) dengan satu kali hirup yang membuatkan kamu  tidak dahaga lagi selepanya sehinggalah kamu masuk ke dalam syurga, 



Subhanallah...
Sayangnya Allah kat kita kan....
Jadi belum terlambat untuk beramal. 
Post a Comment

Klik Sekali