KLIK KLIK

4.7.15

Al-Quran Bukan Perhiasan

 Assalamualaikum. ~ ~ ~ jangan lupa jawab dulu salam tu...

Kita biasa menyambut hari lahir kita, adik-beradik, mak bapak, suami isteri, kawan-kawan... Tapi hari ni 17 Ramadhan adalah hari turunnya Al-Quran Kareem...


FROM GOOGLE



"Bacalah AlQuran kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at kepada para ahlinya."
(HR. Muslim)

"Puasa dan Al-Quran keduanya akan memberi syafa'at kepada seorang hamba pada hari kiamat"
(HR. Ahmad dan Al-Hakim)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (Al-Quran) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Siapa yang membacanya pula baginya cahayanya di hari kiamat"



Subhanallah. Rasa seronok bila kita baca ayat di atas tu kan... Betapa Allah Maha Penyayang kepada setiap hambanya.. Al-Quran di depan mata, tak kan kita nak biarkan begitu saja kan.. manfaatkan sebaiknya, kerana manfaat itu akan memberi kebaikan untuk diri kita di alam barzakh dan di akhirat nanti. Subhanallah... Peringatan untuk diri aku sendiri juga ni.


Semoga video ni, mampu membuka mata kita semua.. Aku pun terkesan lepas tengok video ni...




Terima kasih semua sudi singgah, membaca & menonton.



Post a Comment

Klik Sekali