KLIK KLIK

22.6.15

Sos Meatball Ala Ikea

Assalamulaikum...

Tak ada idea nak masak apa juadah berbuka hari ni? Sekali-sekali try western ke ok jugak kan... Ataupun supper ke.... ataupun buat juadah berbuka. Resepi ringkas dan sangat senang.



MEATBALL WITH SOUCE. 



Of course kena ada meetball kan. Meatball tu terpulang pada citarasa masing-masing sama ada nak bakar atau nak goreng. Aku pilih bakar. Masuk je dalam Pemanggang Ajaib  semua jadi ajaib laa.. heheh cepat je masak. Ada yang terlebih rajin boleh laa buat meatball sendiri. Pandai-pandailah cari pakcik google nak buat mcm mana kalau tak tau kan... Tapi kalau nk mudah, sedia ongkosnya saja... 

Ok.. aku nak share resepi sikit ni. Aku buat ni utk 10 orang makan.

Bahan-bahan untuk buat sos meatball tu,
  1. Planta - 2 sudu besar
  2. Bawang Besar (Kuning)- 1 biji dipotong dadu
  3. Tepung Perang - 4 sudu
  4. Serbuk lada hitam - 3 sudu
  5. Tomato - 2 biji dipotong dadu
  6. Air - 1 cawan.
  7. Susu Segar - 1 kotak
  8. Sos Tiram - 2 sudu
  9. Kiub Pati Ayam - 1 kiub
  10. Kiub Pati Daging - 1 kiub
  11. Garam - secukup rasa
  12. Gula - 1 sudu kecil

Cara-cara:
1. Kisar bawang besar + tomato + air sikit.
2. Panaskan kuali
3. Masukkan planta dlm 2 atau 3 sudu.
4. Tumis bawang hingga kekuningan dan naik bau.
5. Masukkan tepung perang. 
**tepung ni mcm ada perasa daging. Tapi dia memang warna perang kecoklatan. Kalau takde tepung perang ni, ganti kan je dengan tepung gandum. 
6. Kacau sehingga tepung tidak lagi berketul.
7. Masukkan serbuk lada hitam.
8. Masukkan tomato. Kacau atau biarkan tomato layu.
9. Masukkan air.
10. Masukkan susu segar.
**Aku guna susu HL Low Fat. Diet laa konon. hehehehe... Susu ni utk menambahkan rasa creamy pada sos tu nanti.

11. Masukkan Sos Tiram + Kiub Pati Ayam + Kiub Pati Daging.+ Garam + Gula

12. Kacau sampai mendidih.
**perlu sentiasa kacau supaya sos tidak berketul.
**kalau kurang pekat dan likat, boleh tambah tepung gandum / tepung perang
**kalau sos nampak macam sikit je, boleh tambah air panas / susu.
13. Kalau sos dah sebati, tutup api dan biarkan seketika. 


***boleh juga masukkan sos dalam pengisar supaya sos lebih halus dan tidak berketul-ketul. 
***boleh juga masukkan cendawan butang untuk hasil yang lebih umpphh....




Amacam? Nak buat sos Chicken Chop boleh,
nak makan dengan Steak pun boleh,
Cicah roti boleh.. semua boleh laa..
janji bersesuaian dengan citarasa masing-masing


Post a Comment

Klik Sekali