KLIK KLIK

28.6.15

Durian! Durian! Durian!

Google jeww...


Haaaa... musim durian datang lagi... 

Aku ni masa zaman sekolah dulu memang suka bau durian, wangi.... bau yang fresh air laa.. kalau bau yang dalam air-cond tu, aku pun pening... cuma masa muda remaja, aku memang tak boleh makan durian, tak boleh nak terima dek tekak aku ni.. tak tau laa pasai pa...

Kemudian, dah meningkat dewasa, tetiba mai teringin nak makan durian dengan sendirinya. Sekali makan, ffuuuhh penangan dia, memang memukau.. SEDAAAPPP rupanya raja buah ni.. Sejak dari tu, sampai sekarang, durian dah jadi buah favourite aku dah...

Semalam, berbuka puasa kat Restoran Arab, Kuantan. Boleh review SINI. Sebelum berbuka tu, kami pi ronda-ronda servey durian. Ada satu port jual buah di Kuantan. Servey laa kat situ kejap. Tapi tak beli pun. So hari ni, tak boleh jadi... kena juga pergi cari durian.. So petang tadi dah pergi beli durian di bandar Pekan. Well, makan laa puas-puas selepas berbuka tadi. hehehe... Tadi aku beli 3 jenis durian. 

Durian Udang Merah - Durian ini isinya merah dan ada rasa manis2 pahit.
Durian D101 - Durian ni isinya kuning, manis dan lemak.
Durian D24 - Durian ini isinya kuning dan pahit sedikit. 
Ikutlaa citarasa kita nak yang macam mana kan.

Saja aku nak buat perbandingan :
Durian Kuantan : Sekilo RM30.
Durian Pekan : Sekilo RM10.

Haaa.. cuba nilai tengok. Of course aku beli yang Pekan, murah, isi pun sedap... fresh... Tak tau la kenapa mahal sangat yang Kuantan punya durian tu. 

Ok. Sekian.
Terima kasih sudi singgah, sudi baca.


Post a Comment

Klik Sekali