KLIK KLIK

19.6.15

AKU - SEPARUH ABAD.



Assalamualaikum...

Dah Ramadhan kita kan, Alhamdulillah...
Tahun ni aku dah 31 tahun. Baru je masuk 10 hari... hehehe.. Tapi paling awal orang wish 2 hari sebelum birthday dan berturutan sampai hari yang ke-4 selepas tarikh birthday. Alhamdulillah masih ada yang doakan yang baik-baik untuk aku, dan ada yang masih menghargai aku dlm hidup mereka. Syukur kerana masih ada insan yang sudi mengasihi dan menghargai aku.

Seiring berganjaknya usia itu, aku terfikir apa yang aku dah lakukan 30tahun yang lalu?, apa amalan aku pada usia separuh abad yang lalu? Baginda S.A.W wafat pada usia 63 tahun. Umat Muhammad majoriti meninggal pada lingkungan usia tu. 

Usia aku dah separuh dari itu. Jarak antara hidup dan mati pun dirasakan begitu singkat. Moga ada kesempatan untuk aku berbakti dan beramal selama hayat dikandung badan. Moga ada ruang dan peluang untuk aku menebus dosa hari semalam. Syukur kerana masih panjang usia. Ajal kita Allah yang tentukan. Dari DIA kita datang, kepada DIA kita pulang. Namun hati masih gusar. Belum sempurna tanggungjawab di bumi Allah ini. Belum cukup. 

...dan aku mengingati mati.
mati itu pasti.


Terima kasih kepada suami tersayang, kerana sudi meluangkan masa untuk aku. Tiada hadiah paling bermakna selain dapat menghabiskan masa disisi orang yang tersayang. Kesibukan kita ini membuatkan kita semakin derita merindu. Tapi kita saling faham, kita saling membahagiakan antara satu sama lain. Terima kasih Allah hadirkan dia dalam hidup aku.



Dating di Crocodile Rock Pizza & Grill
Tempat relax beb!

Menu hari tu... 
Sunset Special Pizza - suggested! 
Beef Lagsana.
Ok.. bye! =D

Post a Comment

Klik Sekali