KLIK KLIK

8.4.15

Demam Pas Baton

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




SYUKUR aku panjatkan kepada Yang Maha kuasa kerana masih diberi peluang untuk bernafas... bekerja, sihat tubuh badan... Alhamdulillah. Sekarang ni musim orang demam. Aku pun baru pulih dari demam. Students aku pun demam pun mcm pas baton. Lepas sorang....sorang yang kena.. Sakit tekak, penat, hilang suara.... Banyak2 laa minum air masak ye. Pergi jumpa doktor, makan antibiotik... mungkin sistem imun dah menurun bila dah meningkat usia ni kan.. hehehhe...

Gambar hiasan jew.. =P

Cerita pasal aku demam hari tu, mencatat sejarah kot, aku demam 2 kali sebulan. Aku ni spesis yang susah nak demam juga. Tapi sekali demam tu, mmg kaw2 laa jugak... tapi selalunya tak lama. Alkisahnya, mcm biasa aku memang sibuk dengan urusan kerja.. outstation.... itu hari, aku ke USM, mengiringi students teater aku untuk menyaksikan pementasan teater daripada UiTM. On the way balik Pahang tu, aku kesejukan teramat dalam bas. Badan rasa tak larat sangat. Dah rasa lain macam. Students kata, badan aku panas. Sah, kena demam.... Fikiran dah mula melayang-layang teringat kerja yang menunggu diselesaikan ni.... Makanya keesokkan harinya aku tak dapat pergi kerja sebab memang tak larat sangat nak bangun. Macam digam aku atas katil tu... terasa berat dari kepala, badan hingga ujung kaki. 9hb Mac 2015 - Demam. Suami aku ambil cuti untuk jaga aku. Dibawa ke klinik. Kalau nak harap aku, mmg tak laa aku nak pergi klinik. Selalunya dulu2 masa bujang pun, aku mmg tak suka makan ubat. Paling tidak pun, aku minum 100plus je... Sebab bagi aku, demam tu hadir tanpa diundang. Jadi, lawan je lah... sampai demam baik sendiri. Selalunya macam tu la.. Tapi berbeza bila dah kahwin ni. Suami pula yang sanggup ambil cuti dan bawa ke klinik. Suami menjaga aku sebaiknya. Aku rasa kesian pulak kat dia sebab kerana aku, dia pun bercuti. Dia yang setiap hari pastikan aku makan ubat ikot waktu. Waktu malam, dia berjaga letakkan kain basah atas kepala aku... Dulu-dulu, arwah Tuk yang selalu buat macam tu kat aku. hehehhe... Suami jaga aku sampai demam aku beransur pulih. Jadi tak boleh nak cakap apa la kalau tak pergi klinik, kalau tak makan ubat. Sekarang dah ada orang pantau.... MC satu hari... esoknya, aku terus pergi kerja walaupun masih demam. Bagi aku aku tak ada masalah nak lalui hidup seperti biasa. Cumanya aku elak daripada balik lewat malam.

Jadi, kerjalah aku seperti biasa menyibukkan diri dengan tugasan-tugasan harian. Dua minggu lepas tu, aku demam sekali lagi... Kata suami, aku demam sebab badan aku tak reti rehat. Asyik kerja... kerja.. kerja... pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap. Tak tahu aku sempat jumpa siang ke tak. hehehe... Mungkin ada betul katanya. Aku memang tak rehat.Terus kerja.. sebab kerja melambak-lambak. Tak siapkan, tak jadi program aku. Walaupun pergi kerja suara aku dah ala-ala Ramli Sarip dah, ape de hal... heheheh. Tak lama lepas tu, suami aku pula demam dan batuk teruk. Giliran aku pula yang jaga dia. Mampukah aku lakukan sebaik dia? Jangan ditanya, just do it! Kerana sayang kita sanggup buat apa saja untuk dia kan. =D

Tapi pengorbanan suami terhadap aku tu, amat-amat aku hargai. Ye lah, merasa aku nikmat berumahtangga. Suami membuatkan aku semakin sayang padanya. Bukan sebelum ni tak sayang... bukan.... bukan.... tapi perasaan kasih sayang kat dia tu, makin membuak-buak laa... Kadang, terlalu sibuk dengan kerja menjadikan aku ni macam robot. Macam tak ada perasaan. Tapi suami berjaya sentuh hati aku. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah. Dia tak kan buat sesuatu itu dengan sia-sia, kan?! Pasti terkandung hikmah. Dan betul, aku cuma manusia, dan badan aku telah menuntut untuk rehat. Sedar akan hal ini, aku memberi peluang kepada diri aku untuk meluangkan masa bersama diri sendiri. Ini perkara penting yang sering dilupakan, aku.


Sekian cerita untuk hari ini.Tak tau bila pulak nak singgah sini. 




Terima kasih sudi baca. ^________^
Post a Comment

Klik Sekali