KLIK KLIK

13.11.14

BARAQAH BEGGERS

Assalamualaikum.


Lama gila tak bagi berita... kawan-kawan pun agaknya dah ramai ingat aku tak aktif.. memang pun, tak berapa nak aktif menaip... banyak aktif outdoor. Tak banyak share cerita aktiviti aku, sbbnya dah jarang sangat dapat peluang nak menaip. Tapi hari ni aku gagahkan jugak.

Salah satu kumpulan nasyid kebanggaan aku. BARAQAH BEGGERSAsal jatuh bangunnya di Univerisiti Malaysia Pahang. Alhamdulillah syukur aku kepada Allah, diperjodohkan bertemu dengan Baraqah Beggers sekaligus aku kini penasihat mereka. Dugaannya masyaallah...Allah saja yang tahu.

Bermula dari Baraqah Band, yang membawa genre muzik berunsur ketuhanan. Kemudian pertama kali menyertai pertandingan di UKM membuatkan kami cabut lari sebab mmg awal-awal dah kena kick! ehheheh, pengalaman kan. 

Pastu ahli bersilih ganti. Perkara paling susah adalah nak cari ahli yang komited terhadap kumpulan, yang boleh ditegur. Yang nak belajar. Tapi siapa sangka, hari ini mereka mampu bangun dari rebah semalam. Walaupun dah 5batch. Alhamdulillah. Sekarang, Baraqah Band telah bertukar kepada Baraqah Beggers yang membawa konsep nyanyian nasyid acapella.

Apa yang lebih berharga adalah hubungan kekeluargaan kami. Nilai kasih sayang yang disemat dalam hati kerana Allah dan nasyid dijadikan medium untuk berdakwah. Moga-moga telinga yang mendengar nyanyian mereka dapat menjentik hati mereka walau pun sedetik. Moga usaha kami diredhai Allah.

KLIA2, Pergi bersama harapan.

Top3

Selepas dinobatkan Naib Juara

Bergambar bersama pemenang Top3

Bergambar dengan Mr. Bie

Pergi bersama harapan,
Pulang membawa impian...

Post a Comment

Klik Sekali